32.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

17,599 individu telah muflis sejak PKP tahun 2020

Date:

Share:

Seramai 17,599 individu diisytiharkan bankrap sejak 2020 hingga Mei lalu, dengan majoriti kes membabitkan kaum Melayu iaitu 10,266 kes.

Ia diikuti Cina dengan 4,447 kes, India (1,321 kes) dan 48 kes membabitkan bukan warganegara.

Daripada jumlah itu, golongan lelaki merekodkan kes tertinggi iaitu 12,970, manakala 4,607 kes membabitkan wanita dan dua kes lagi tidak dapat dipastikan jantina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata mengikut pecahan negeri pula, Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 4,164 kes, diikuti Wilayah Persekutuan (2,203 kes), Johor (1,987 kes), Sabah (1,642 kes) dan Perak (1,728 kes).

Mengikut pecahan umur pula, beliau berkata, golongan berusia 34 tahun hingga 44 tahun merekodkan jumlah teramai iaitu 6,681 kes, diikuti usia 45 tahun hingga 54 dengan 4,819 kes.

“Golongan berusia 25 tahun hingga 34 tahun seramai 3,171 kes, 55 tahun dan ke atas (2,823 kes), di bawah usia 25 tahun (46 kes) dan 59 kes dikategorikan tiada maklumat,” katanya kepada soalan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) di Dewan Rakyat, hari ini.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here