26.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

32’000 lagi rakyat Malaysia bakal muflis ketika gelombang kemelesetan ekonomi dunia melanda

Date:

Share:

Gelombang kemelesetan ekonomi dunia sedang melanda dan bahangnya kini mula terasa.Tiada negara dalam dunia yang kita duduki ini selamat daripada kesan rantaian ‘domino effect’ kemelut ekonomi global ini.Negara-negara maju dan dianggap kukuh juga tidak terkecuali daripada menerima kesannya.Cuma yang berbeza adalah kesan yang diterima oleh setiap negara bergantung pada kekuatan ekonomi,sosial dan politik negara masing-masing.

Bank-Bank Pusat juga berlumba-lumba menaikan kadar dasar semalam (OPR) untuk mengawal inflasi di negara masing-masing.Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan juga terlalu mendadak hingga menimbulkan kesulitan memastikan ‘makan terhidang di meja’ bagi golongan berpendapatan rendah.

Satu-satunya cara untuk setiap individu dan organisasi menempuh cabaran kemelesetan ekonomi ini adalah dengan berbelanja dengan berhemah,mengutamakan barangan dan perkhidmatan tempatan untuk menguatkan matawang negara sendiri,mengelakkan melancong ke luar negara,mengelakkan hutang atau pinjaman baru serta merubah gaya hidup agar lebih bersederhana serta tidak berbelanja diluar kemampuan.

Menurut Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM),mereka menjangkakan 32,000 lagi peminjam akan muflis dalam tempoh dua tahun akan datang sekiranya kadar dasar semalaman (OPR) terpaksa terus dinaikkan.

Presiden 4PM, Rosland Mohd Ariff berkata jangkaan itu merupakan pertambahan 70% daripada jumlah peminjam muflis sedia ada, yang sehingga kini sudah lebih 46,000 orang ekoran tidak mampu membayar pinjaman disebabkan pandemik Covid-19 dan peningkatan kos sara hidup.

Rata-rata mereka yang muflis ini membuat pinjaman kereta, peribadi mahupun perumahan, dan turut membabitkan penjawat awam, katanya.

“Jika OPR terus dinaikkan, rakyat akan terus ‘ditekan’ untuk menambah bayaran ansuran pinjaman sehingga menyebabkan mereka yang seawal usia 25 tahun akan lebih ramai diisytihar muflis,” katanya.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan tidak boleh menyelaras keputusan kenaikan OPR oleh Bank Negara kerana tindakan bercanggah dengan undang-undang selain boleh menjejaskan integriti pasaran.

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Prof Madya Ahmed Razman Abdul Latiff di Putra Business School berkata, tindakan BNM itu memberi kelebihan kepada bank-bank konvensional yang diramal bakal meraih keuntungan sekitar RM30 billion tahun ini.

“Pada 2019, keuntungan sembilan bank konvensional yang tersenarai di bursa saham RM35 billion, namun, pada 2020 keuntungan menurun kepada RM26 billion.

“Dengan kenaikan OPR yang diramal terus naik lagi pada September nanti, sembilan bank konvensional tersebut dijangka boleh mencatat kenaikan keuntungan mencecah RM30 billion,” katanya.

Bank Negara pada 11 Mei menaikkan OPR daripada 1.75% kepada 2%, dan kepada 2.25% pada 6 Julai.Malah OPR juga dijangka dinaikkan 2 kali lagi pada September dan November tahun ini.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 235 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 235.Dapatkan naskah MFM edisi ke 235 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

EUR/USD: Temporary breather before a fall to key supports at 1.0557/1.0501 – Credit Suisse

EUR/USD stays seen on course to test a cluster of key supports at 1.0557/1.0501, in the view of analysts at Credit Suisse.Looking for a fall...

Tiada lagi subsidi ayam, telur selepas 30 Jun – Mat Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun disusuli pengapungan harga bermula...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here