32.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

43 NEGARA KECAM PENINDASAN CHINA TERHADAP UYGHUR

Date:

Share:

Lebih 40 buah negara terutamanya Barat mengkritik China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) susulan penyeksaan dan penindasan terhadap kaum Uyghur – yang kebanyakannya beragama Islam – dan etnik minoriti di Xinjiang.

Sebanyak 43 negara menandatangani kenyataan itu yang mengkritik China pada Khamis lalu menyatakan keprihatinan khusus terhadap ‘laporan boleh dipercayai’ mengenai kewujudan ‘kem pendidikan semula’ di Xinjiang.

Dakwaan penyalahgunaan itu termasuk ‘laporan yang mendokumentasikan penyeksaan atau perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah, pensterilan paksa, kekerasan berdasarkan seksual dan gender, serta pemisahan anak secara paksa.

Kenyataan itu dibaca oleh Duta Perancis ke PBB, Nicolas De Riviere dalam persidangan Majlis Hak Asasi Manusia PBB.



Biarpun begitu, Beijing menafikan semua dakwaan tersebut dan menggambarkan kem itu sebagai kemudahan latihan vokasional untuk memerangi ekstremisme agama.

Duta China ke PBB, Zhang Jun membalas kenyataan yang sebahagiannya dibaca kepada jawatankuasa hak, semalam.

“Kepada AS dan beberapa negara lain: Percubaan terdesak anda untuk menyembunyikan rekod hak asasi manusia sendiri yang mengerikan tidak akan berjaya.

“Tidak kira berapa kali diulang, penipuan masih penipuan.

“Anda menggunakan hak asasi manusia sebagai dalih politik untuk memprovok konfrontasi,” katanya. – Agensi

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here