35.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

46,132 individu telah diklasifikasikan bankrap

Date:

Share:

Muflis atau bankrap didefinisikan sebagai kegagalan individu dalam melunaskan sejumlah besar hutang mereka – dan ternyata Malaysia data bagi 2018 sehingga Mei 2022 memiliki sekitar 46,132 individu yang telah diklasifikasikan bankrap.

Tinjauan Jabatan Insolvensi Malaysia itu turut memaparkan sebahagian besar iaitu 41.91% daripada jumlah tersebut adalah individu yang bankrap disebabkan kegagalan membayar Pinjaman Peribadi. Ini bermakna sekitar 19,334 individu gagal melunaskan hutang kategori tersebut.

Ia secara jelas, terus menjadikan kategori Pinjaman Peribadi selaku peneraju kepada kadar muflis negara. Tidak hanya kategori tersebut – ini senarai jumlah bankrap mengikut kategori lain setakat Mei 2022;

  • Sewabeli Kenderaan – 6,843 individu bankrap (14.83%)
  • Pinjaman Perniagaan – 6,242 individu bankrap (13.53%)
  • Pinjaman Perumahan – 4,421 individu bankrap (9.58%)
  • Hutang Kad Kredit – 3,850 individu bankrap (8.35%)
  • Keberhutangan Yang Lain – 2,504 individu bankrap (5.43%)
  • Penjamin Korporat – 1,146 individu bankrap (2.48%)
  • Hutang Cukai Pendapatan – 913 indvidu bankrap (1.98%)
  • Penjamin Sosial – 557 individu bankrap (1.21%)
  • Caruman KWSP – 249 individu bankrap (0.54%)
  • Biasiswa/Pinjaman Pelajaran – 73 individu bankrap (0.16%)

Sementara bagi pengamatan mengikut bangsa pula, Melayu mencatatkan kes muflis tertinggi dengan 26,911, diikuti Cina (11,237), India (4,061), Lain-lain (3,875) dan Bukan Warganegara (48).

Manakala bagi peringkat umur pula – secara jelas memperlihatkan kumpulan belia sekitar 25-44 tahun menjadi kumpulan terbesar mencatatkan jumlah bankrap seramai 27,126 individu, diikuti bawah usia 25 tahun (239), 45-54 tahun (11,928), 55 tahun ke atas (6,636 dan lain-lain (203).

Melihat pada data ini, seharusnya semua pihak berkepentingan tingkatkan pendedahan literasi kewangan kepada para pengguna. Usaha tersebut tidak hanya membantu pengguna mengetahui cara perbelanjaan tepat tetapi turut memulihkan semula status kewangan mereka.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here