25.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

9 jenis bisnes yang boleh anda lakukan ketika kegawatan ekonomi

Date:

Share:

Rata-rata kedengaran amaran tentang kemelesetan ekonomi global yang sedang mula melanda dunia pasca pandemik Covid-19 dan kesan terputusnya rantaian bekalan akibat perang Rusia-Ukraine.Situasi ini telah mendatangkan keresahan dan banyak perniagaan sudah membuat persediaan seperti mengurangkan bajet latihan, perjalanan dan corporate gifts, menangguhkan pembelian besar, mengurangkan pengambilan pekerja baru dan menawarkan skim pemberhentian kerja kepada sesetengah pekerjanya.

Hal ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor-faktor di luar kawalan kita sebagai rakyat biasa seperti penurunan harga minyak dunia, kejatuhan nilai mata wang ringgit dan hutang negara yang berterusan. Jadi apakah yang boleh kita lakukan untuk menyiapkan diri dan keluarga menghadapi situasi ini?

Kami menjangkakan akan ramai mula membuat pendapatan sampingan disebabkan kekangan kewangan.Dalam artikel ini kami kongsikan 9 idea bisnes yang kalis gawat dan meningkat naik ketika kegawatan ekonomi berlaku.

1. Baik pulih (repairing)

Ketika kegawatan, ramai orang akan mengurangkan pembelian untuk menjimatkan duit. Disebabkan perkara ini, ramai akan mula menghantar barangan mereka untuk diperbaiki apabila mengalami kerosakan. Tukang kasut akan menerima lebih banyak kasut-kasut mahal untuk diperbaiki, kerana orang-orang kaya tidak membeli kasut baru. Mekanik juga akan menerima lebih banyak permintaan untuk baik pulih kenderaan.Membaiki komputer dan telefon bimbit juga menjadi pilihan pengguna daripada membeli yang baru ketika ini.

2. Bahan makanan keperluan

Bisnes makanan keperluan adalah bisnes kalis gawat. Ketika kegawatan ekonomi, semakin ramai akan mula masak di rumah, maka permintaan bahan mentah akan meningkat. Permintaan telur akan meningkat sebagai makanan ganti kepada ikan, ayam dan daging yang lebih mahal. Semakin ramai ibu-ibu akan membeli french fries sejuk beku untuk memenuhi permintaan anak-anak yang sudah terbiasa dengan makanan segera. Oleh kerana ramai ibu-ibu akan masak di rumah, website resipi juga akan menerima lebih ramai pengunjung.

3. Keagamaan

Semasa musim gawat, manusia akan mencari ketenangan melalui agama. Kelas-kelas, ceramah dan buku-buku agama dijangka menerima sambutan hangat ketika kegawatan.

4. Aktiviti DIY

Lebih ramai akan menanam buah-buahan dan sayur-sayuran sendiri. Permintaan untuk barangan bercucuk tanam seperti pasu, tanah, benih pokok, dan baja akan naik. Lebih ramai akan mula menjahit pakaian sendiri, permintaan barangan menjahit seperti kain, benang dan mesin jahit juga akan naik. Aktiviti memasak di rumah juga akan naik, memberi kesan kepada permintaan ketuhar, alatan membuat kek dan biskut, dan periuk. Jualan alat  untuk kerja pembaikan sendiri di rumah seperti paku dan skru-drebar juga akan naik.

5. Percutian tempatan

Aktiviti percutian luar negara akan mengalami penurunan, dan percutian tempatan akan meningkat. Permintaan penginapan bajet seperti guest househomestay dan hotel 3 tingkat akan meningkat.

6. Reposession

Syarikat yang menyediakan perkhidmatan reposession (tarik balik) kepada bank dan syarikat pemberi hutang/kredit yang lain juga akan mengalami peningkatan. Ini termasuklah tarik semula perabot, kereta dan hartanah. Pelelong kereta dan hartanah juga akan mempunyai lebih banyak produk untuk ditawarkan.

7. Kedai barangan terpakai
Permintaan untuk barangan terpakai akan lebih tinggi berbanding untuk barangan baru. Perabot terpakai, pakaian bundle, barangan anak kecil terpakai akan mengalami peningkatan permintaan. Barangan terpakai yang dijual melalui medium online seperti mudah.my atau group Facebook juga akan meningkat.

8. Hiburan murah

Di Amerika,walaupun ketika kegawatan ekonomi, jumlah penonton filem di pawagam meningkat. Ini disebabkan ia dikira sebagai hiburan yang boleh didapati dengan harga yang murah. Situasi yang sama juga dapat dilihat di India.

9. Bisnes berasaskan matawang USD

Disebabkan nilai mata wang Ringgit yang merosot, kita akan menerima lebih RM apabila mendapat USD1. Barangan dalam negara tidak banyak berbeza dalam sebulan dua, begitu juga harga hartanah, menjadikan fenomena ini sesuatu yang dipanggil ‘blessing in disguise’ atau kebaikan dalam keburukan. Anda boleh bermula dengan modal minima melalui pemasaran affiliate,trading forex atau menjual barangan di eBay dan Amazon untuk mendapatkan pendapatan dalam USD.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here