30.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

AIRASIA GROUP MERANCANG PERKHIDMATAN TEKSI UDARA, PENGHANTARAN MENGGUNAKAN DRON

Date:

Share:

AirAsia Group Bhd (AIRA.KL) merancang untuk melancarkan perkhidmatan teksi udara serta servis penghantaran menggunakan dron — pertama di Malaysia — dalam satu usaha oleh syarikat penerbangan tambang rendah itu untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dalam era pandemik coronavirus ini, menurut CEO AirAsia pada hari Sabtu.

Sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kepelbagaian mereka, ia juga merancang untuk melancarkan perkhidmatan “e-hailing” pada bulan hadapan.

“Teksi udara tersebut akan mempunyai seorang juruterbang serta empat kerusi, menurut CEO Tony Fernandes sewaktu Forum Ekonomi Belia 2021 pada Sabtu baru-baru ini.

Fernandes menyatakan perkhidmatan itu dijangka beroperasi dalam tempoh 18 bulan lagi.

Beliau juga mengumumkan Teleport — unit logistik AirAsia — yang sedang menguji perkhidmatan penghantaran dron bersama Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), akan melakukan penghantaran komersial yang pertama menjelang akhir tahun ini.

AirAsia ketika ini dalam usaha mahu mendapatkan RM2.5 billion daripada pinjaman dan pelabur selepas melaporkan kerugian suku tahunan kelima berturut-turut pada bulan November.

Bulan lalu, ia melaporkan unit Jepun miliknya telah memulakan prosiding kebankrapan.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Japan’s Yamagiwa: GDP shows economy in moderate pick-up

Japan’s Economy Minister Daishiro Yamagiwa expressed his take on the economic expansion seen in the second quarter of this year.Key quotesGDP shows economy in moderate...

Era penggunaan kad kredit sudah berakhir

Ketua Bank Pusat Brazil,Roberto Campos Neto pada hari Jumaat berkata beliau percaya kad kredit tidak lagi wujud tidak lama lagi berikutan pertumbuhan sistem kewangan...

Malaysia tidak lagi dalam krisis: Gabenor BNM

Ekonomi Malaysia menyerap kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) dengan baik, dan amat jelas negara ini tidak lagi berada dalam krisis, kata Gabenor Bank...

Former Sri Lanka president Gotabaya Rajapaksa turns up in Thailand after Singapore visa expires

The former Sri Lankan president Gotabaya Rajapaksa, who fled overseas to escape protests against his government, arrived in Thailand on Thursday night on a...

Penduduk Malaysia dijangka meningkat 45 Juta pada 2050,beri cabaran dalam isu sekuriti makanan

Penduduk Malaysia diunjurkan meningkat kepada lebih 45 juta menjelang 2050 sekali gus akan meningkatkan permintaan dan penggunaan terhadap makanan dan menimbulkan pelbagai cabaran termasuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here