25.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

AMARAN: JIKA ANDA TERLIBAT DENGAN MATAWANG CRYPTO, BERSEDIA UNTUK RUGI!

Date:

Share:

Agak keras bukan tajuk artikel ini. Dan pastinya ia menyentap perasaan mereka-mereka yang terlibat dengan perniagaan matawang dunia baru, CRYPTO CURRENCY, sebuah perniagaan yang kelakar.  Siapa yang memberi amaran ini, dan siapa yang menyatakan ianya sebuah perniagaan yang kelakar?.

Christine Lagarde, Presiden kepada European Central Bank, bank pusat yang mengawal system kewangan bagi zon Eropah, seorang yang mempunyai kredibiliti yang tinggi.

https://www.reuters.com/article/crypto-currency-ecb/reuters-next-ecbs-lagarde-calls-for-regulating-bitcoins-funny-business-idUSL1N2JO0RM

Kenyataan kontroversi itu dibuat pada Rabu yang lalu, pada ketika perniagaan matawang CYRPTO menjadi terlalu fenomena sejak tahun lalu. Manakan tidak, jika pada Mac 2020 1 Bitcoin hanyalah bernilai sekitar $4000.00 sahaja, kini ianya mencecah $40,000.00 untuk satu Bitcoin!. 1000% kenaikan dalam masa setahun.

Menurut Christine, perniagaan Bitcoin ini perlu dikawal, dan perlu tertakluk kepada undang-undang. Ianya perlu dikawal selia di peringkat global oleh badan pemantau yang sah. Antara tujuan utama adalah mengawal aktiviti “money laundering”, di mana penjenayah seluruh dunia pada ketika ini mempunyai pilihan untuk “mencuci” wang haram mereka melalui matawang Crypto. Kenapa?. Kerana matawang Crypto bersifat bebas dan merentas sempadan tanpa penyeliaan pihak berwajib.

Dalam minggu yang sama, United Kingdom Financial Conduct Authority (FCA), sebuah badan kerajaan yang memantau aktiviti perniagaan bersifat kewangan memberi kenyataan yang lebih tegas kepada mereka yang terlibat, “PREPARE TO LOSE ALL YOUR MONEY!”.

Pada Isnin lalu, FCA menyebut bahawa jika anda terlibat dengan urusan jual beli matawang Crypto ini, anda perlu bersedia untuk kehilangan semua wang milik anda.

https://www.theguardian.com/business/2021/jan/11/bitcoin-be-prepared-to-lose-all-your-money-fca-warns-consumers-risk-productis-cryptoassets

Presiden ECB, Christine Lagarde, menyebut bahawa beliau percaya Bitcoin adalah asset yang bersifat spekulatif, bukan matawang. Beliau juga turut menegaskan jika anda percaya bahawa Crypto ini akan bertukar menjadi matawang satu hari nanti, maaf, anda SILAP.

PENDAPAT KAMI

Amaran diberikan oleh individu yang dikatakan berpengaruh besar dalam dunia kewangan global. Kenyataan beliau itu menyebabkan matawang Crypto menjunam sementara minggu ini, daripada berada pada paras tertinggi iaitu sekitar $41,000.00, jatuh ke paras $30,000.00.

Antara punca kepada kejatuhan ini, amaran daripada U.K FCA dan Presiden ECB. Menyebabkan pelabur dan pedagang melihat ancaman yang wujud daripada kenyataan itu, menakutkan mereka.

Tetapi, Crypto didagangkan dalam pasaran yang bebas, tanpa kawalan. Kenyataan itu memberi kesan sementara sahaja, dan kini harga kembali mendaki menghampiri paras $40,000.00.

KEMANA HALA TUJU CRYPTO?

Pada tahun 2017-2018, Bitcoin pernah menjadi fenomena. Harga tertinggi pada masa tersebut mencecah $20k untuk satu Bitcoin. Pada ketika tumpuan global tertumpu kepada potensi asset pelaburan masa depan ini menjadi fenomena, secara mengejut Bitcoin hilang nilainya dalam sekelip mata. Memasuk tahun 2019, nilai Bitcoin hanyalah serendah $3000.00 sahaja.

Paras harga Bitcoin tahun 2017-2018.

Corak pergerakan yang naik mendadak, juga berpotensi untuk turun mendadak, tanpa kawalan, dalam masa yang singkat, tidak mustahil sejarah akan berulang. Bukan berniat untuk menakutkan pelabur yang berminat, tetapi harga ketika ini sudah terlalu tinggi, 2 kali ganda tinggi daripada paras 2017-2018.

Amaran oleh pihak yang berautoriti telah keluar, berwaspada.

Paras harga Bitcoin tahun 2021.

JANGKAAN kami, kemungkinan nilai Bitcoin naik ke paras $50,000.00, dan booom selepas itu akan kembali turun separuh daripada nilai tersebut. Ini hanyalah jangkaan, jangkaan berdasarkan “trap” yang selalu diguna pakai oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan mengguna kaedah manipulasi pasaran!.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

ID Digital Malaysia Kini Diperkenalkan

Mungkin ada rakyat Malaysia akhir-akhir ini berasa gelisah dengan pelaksanaan Program ID Digital Nasional (IDN) yang bakal bermula pada 2024.Segelintir pengguna media sosial mendidakwa...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 260 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 259. Dapatkan naskah MFM edisi ke 259 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Ringgit dijangka mengukuh pada 2024 – Rafizi

Ringgit dijangka akan mengukuh menjelang 2024 atas beberapa faktor termasuk disiplin fiskal kerajaan dan pertumbuhan ekonomi global yang lebih baik.Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 259 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 259. Dapatkan naskah MFM edisi ke 259 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Broker Justmarkets Refund Deposit Trader

Insiden berlaku pada pagi Isnin, 13 November 2023, di mana seorang trader melaporkan kerugian besar akibat daripada gangguan pada carta Justmarkets. Ketika kejadian, individu...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here