25.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

Anwar Mahu Siasatan Skandal Forex Dibuka Semula

Date:

Share:

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tiada masalah siasatan membabitkan skandal Forex dibuka semula dan mahu Peguam Negara membuka kes itu.

Katanya, tidak ada masalah sekiranya Peguam Negara mahu membuka kes itu sekarang dan terserah kepada kerajaan hari ini untuk membuat keputusannya.

“Pendirian saya jelas, kalau esok boleh bercakap dengan Perdana Menteri, sila beritahu Peguam Negara buka siasatan terbuka.

“Saya tiada masalah. Saya banyak kali cakap benda ini di Parlimen.

“Ini beza saya dengan Najib. Saya tidak mahu ada mana-mana kes di mana ahli politik menggunakan jentera politik dan kerajaan untuk menutup kes dan mendera orang,” katanya ketika menjawab soalan dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terdahulu, Najib dalam Debat Perdana bertanyakan kepada Anwar berhubung siasatan skandal Forex yang dipandang sepi ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Skandal itu merujuk kepada kerugian tukaran wang asing membabitkan BNM dari 1991 hingga 1994 semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Anwar membalas, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekarang adalah daripada UMNO, maka tiada alasan agar siasatan dibuka.

“Jangan gunakan alasan apa yang menghalang Peguam Negara membuka semula kes.

“Perdana Menteri sekarang UMNO, ambillah tindakan,” tegasnya.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

China memberikan reaksi terhadap penangguhan lawatan Anthony Blinken

China berkata ia menghormati keputusan pentadbiran Biden untuk menangguhkan lawatan Setiausaha Negara Anthony Blinken ke Beijing selepas belon altitud tinggi China dikesan di ruang...

Apakah sebenarnya MyFxBook ni ?

MyFxBook adalah platform online yang memungkinkan pedagang dan pelabur forex untuk memantau dan menganalisis kinerja trading mereka. Ia menyediakan seperangkat alat yang memungkinkan pengguna...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 217 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 217.Dapatkan naskah MFM edisi ke 217 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Gold Price Forecast: XAU/USD could see a bumpy road to recovery toward $1,930 – Confluence Detector

Gold price is licking its wounds amid a broad United States Dollar rebound.Dovish Fed expectations, weak US Treasury bond yields could limit Gold’s downside.Gold...

Fed to deliver 25bp hikes in March and May for a peak funds rate of 5.00-5.25% – Goldman Sachs

The Goldman Sachs Research team said in its client note that it expects the US Federal Reserve (Fed) to hike interest rates by 25 basis points...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here