Indeks S&P 500 ialah salah satu daripada tiga indeks saham utama Amerika Syarikat yang diikuti rapat oleh trader di seluruh dunia. S&P bermaksud “Standard and Poor” iaitu nama dua syarikat kewangan yang mengasaskannya. Indeks ini merupakan indeks di Amerika Syarikat yang terdiri daripada 500 syarikat besar yang tersenarai pada tukaran NYSE dan NASDAQ.

Indeks ini dibahagikan kepada 11 sektor GICS iaitu :

  1. Utiliti
  2. Bahan
  3. Tenaga
  4. Hartanah
  5. Kewangan
  6. Perindustrian
  7. Penjagaan Kesihatan
  8. Bahan Ruji Pengguna
  9. Budi Bicara Pengguna
  10. Perkhidmatan Komunikasi
  11. Teknologi Maklumat / Informasi

Justeru, trader di luar sana boleh memperuntukkan pelaburan mereka dengan melabur dalam sektor ekonomi tertentu. Tambahan lagi, indeks ini juga boleh didagangkan melalui ETF, dana bersama dan Kontrak untuk Perbezaan (CFD). Untuk info tambahan mengenai Indeks S&P 500 boleh klik di sini.