26.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

Apakah Perbezaan Emas Masa Dahulu Dan Masa Kini ?

Date:

Share:

Penggunaan emas zaman dahulu dan kini sangat ketara . Kalau   waktu dahulu, emas menjadi sumber utama dan matawang masyarakat dulu, namun kini emas hanya dijadikan sebagai perhiasan dan simpanan sahaja.

Berdagang di CXM DIRECT

Emas adalah logam berharga yang  sentiasa meningkat setiap tahun. Jika 10 tahun dulu, mungkin harga segram emas hanya RM30 atau RM40. Namun kini, harga emas sudah mencecah RM250 segram. Cuba anda bayangkan, jika lagi 2 atau 3 tahun akan datang harga emas mencecah hampir RM500. Adakah anda rasa memiliki emas adalah suatu kerugian?

Jangan pernah merasa rugi apabila kita memiliki emas. Dengan memiliki emas, ia dapat mencambahkan lagi kekayaan saya. Salah satu caranya adalah dengan membuat pelaburan. Banyak pelaburan yang  boleh diceburi. Yang pasti kena ada ILMU. Ada ilmu, kena caranya, memang boleh dapat keuntungan.

ZAMAN DAHULU

Dulu semua orang menggunakan emas. Jika ingat semula , dinar emas merupakan matawang terawal yang digunakan oleh orang Arab Mekah dan Madinah. Ia merupakan syiling emas dan perak yang dikeluarkan dan digunakan pada zaman sebelum kedatangan Islam lagi. Zaman sebelum kedatangan Islam lagi dah ada penggunaan matawang emas. Matawang tetap terus diggunakan sebagai nilaian matawang  untuk bertukar barangan.

Matawang emas ini diguna pakai dalam kehidupan seharian. Ia menjadi logam terpenting pada zaman tersebut. Jika dilihat pada zaman dahulu, pengunakan syiling emas dan perak telah banyak digunakan dalam urusan perniagaan, perdagangan, simpanan tabungan dan membayar zakat juga mengguanakan emas.

Pada waktu itu, umat Islam mengunakan emas dan perak menjadi piawaian matawang kerana ia mempunyai nilai yang tersendiri bukan menggunakan matawang palsu seperti apa yang kita pegang sekarang ini.

ZAMAN KINI

Namun, apa yang terjadi pada hari ini adalah sangat berbeza dengan zaman dahulu. Emas tidak lagi digunakan sebagai matawang tetapi sehelai kertas telah digantikan menjadi matawang. Jika kita selidiki asal usul matawang kertas ini,  ia adalah berasalah dari surat hutang. Negara Belanda, British (United Kingdom), Portugis, Jepun atau Siam (Thailand), masing-masing menggunakan matawang emas pada ketika itu.

Namun, peperangan yang berlaku  menyebabkan kerajaan atau pemerintah pada waktu itu mengalami masalah kewangan. Bukannya mudah nak dapatkan emas pada waktu itu. Bukan mudah juga nak tempa emas jadikan matawang. Jadi, penjajah pada waktu tu pun mula menggunakan kertas untuk menggantikan emas. Bila rakyat dipaksa bekerja, mereka hanya diberikan kertas yang menjadi sandaran sebagai wang. Apabila dapat kertas tu, penduduk masa tu kena pergi tukarkan kepada emas.

Mula-mulanya memang rakyat marah kerana mereka tidak suka akan berhutang. Jadi, penjajah pada waktu itu pun mula mencantikkan kertas tersebut dengan meletakkan gambar pemimpin mereka. Begitulah yang dilakukan oleh penjajah-penjajah lain yang seterusnya. Lama kelamaan, matawang kertas mula mengambil alih kedudukan matawang emas.

Sehingga kini, matawang kertas digunakan oleh hampir seluruh masyarakat di dunia. Sedangkan ia hanyalah sehelai kertas yang jika rosak atau terkoyak, sudah tidak membawa apa-apa nilai lagi. Begitu juga jika kita bawa ia ke luar negara. Ia tetap tidak diterima oleh mana-mana negara kerana setiap matawang sesebuah negara hanya limit dan terhad untuk kawasan tertentu sahaja.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img
Previous article
Next article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here