32.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

Aset Petronas Luxembourg disita lagi dalam pertikaian timbang tara RM66 bilion

Date:

Share:

Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sita baharu terhadap dua anak syarikat milik Petronas, minggu ini, susulan tuntutan waris kumpulan Sulu bagi menguatkuasakan penganugerahan RM66 bilion (USD15 bilion) yang diperoleh daripada Malaysia.

Dalam dokumen mahkamah dilihat Reuters, daripada peguam waris kumpulan Sulu, mereka memohon menguatkuasakan penganugerahan RM87.6 bilion (USD14.9 bilion) diberikan kepada kumpulan itu oleh Mahkamah Timbang Tara Perancis, tahun lalu, melibatkan pertikaian dengan kerajaan Malaysia terhadap penguasaan kawasan ketika era kolonial.

Malaysia yang tidak terlibat dalam timbang tara berkenaan, kekal berpendirian proses itu tidak sah. Kerajaan Malaysia berjaya mendapatkan arahan penangguhan di Perancis, namun perintah itu kekal dikuatkuasakan di negara lain mengikut perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi timbang tara.

Sebelum ini, Petronas menegaskan mereka akan mencabar apa sahaja tuntutan terhadap asetnya dan Malaysia berikrar akan menggunakan semua pendekatan perundangan menghalang asetnya, termasuk syarikat berkaitan kerajaan, disita di luar negara.

Syarikat Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, menjadi unit pertama dirampas pada Julai 2022, namun kerajaan Malaysia, pada bulan lalu, berkata arahan itu sudah diketepikan oleh Mahkamah Daerah Luxembourg. Pada Selasa, Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah kedua sitaan terhadap unit terbabit, termasuk akaun bank berkaitan, menurut dokumen mahkamah ditunjukkan peguam waris itu, Paul Cohen.

Peguam dari firma guaman Britain, memberitahu Reuters, Mahkamah Daerah Luxembourg sudah menarik balik perintah sitaan kali pertama berdasarkan isu kecil yang sudah ditangani, namun tidak membuat penghakiman berhubung merit timbang tara.

“Timbul isu teknikal penghakiman yang secara efektif sudah ditangani, dan pembekuan perintah kembali dikuatkuasakan terhadap aset Petronas di Luxembourg,” katanya dalam emel.

Mahkamah Luxembourg tidak dapat dihubungi bagi ulasan lanjut. Petronas dan menteri undang-undang Malaysia juga tidak memberi maklum balas.

Pertikaian itu berpunca daripada perjanjian ditandatangani pada 1978 antara dua kolonial Eropah dengan Sultan Sulu bagi kawasannya yang kini dimiliki Malaysia – perjanjian yang mana dihormati Malaysia sehinggalah 2013, menerusi pembayaran kepada waris kesultanan secara tahunan.

Kuala Lumpur bagaimanapun menghentikan pembayaran itu selepas pencerobohan berdarah oleh penyokong bekas Kesultanan Sulu yang mahu menuntut semula tanah dari Malaysia. Waris mendakwa mereka tidak terlibat dalam pencerobohan itu dan memohon proses timbang tara kerana pemberhentian bayaran terbabit.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Humza Yousaf telah disahkan sebagai menteri pertama Scotland yang baharu selepas undian di Parlimen Scotland.

Pemimpin SNP itu disokong oleh MSPnya sendiri dan Greens Scotland - menjamin dia memperolehi majoriti.Ketiga-tiga pemimpin pembangkang menentangnya tetapi mereka tahu mereka tidak mempunyai...

Bank Negara: KDNK 2023 Malaysia dijangka berkembang antara 4 dan 5 peratus, disokong oleh perbelanjaan pengguna walaupun ekonomi dunia meleset

Keluaran dalam negara kasar Malaysia dijangka berkembang antara 4 dan 5 peratus pada 2023, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang kukuh apabila pasaran pekerjaan dan...

Bank Dunia memberi amaran ekonomi global berisiko kehilangan dekad pertumbuhan

Ekonomi global berada dalam bahaya mengalami kehilangan dekad pertumbuhan, yang akan menjadi lebih teruk jika kegawatan kewangan semasa mencetuskan kemelesetan global, menurut penyelidikan baharu...

NZD/USD leans bearish in phase of consolidation

NZD/USD is consolidating at the start of the week in mixed risk sentiment. Poor performance on crosses suggests the Kiwi is still out of favour.NZD/USD...

Industri perbankan seluruh dunia sedang runtuh,industri hartanah seterusnya

Krisis perbankan semakin buruk.Untuk minggu ketiga berturut-turut, setiap minggu hanya menjanjikan spekulasi kosong untuk 'damage control' dan menjadi penentu bagi sektor perbankan, kerana pelabur...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here