25.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

BANK NEGARA SERBU 22 PREMIS i-SERVE ONLINE MALL

Date:

Share:

Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa agensi kerajaan membuat serbuan ke atas i-Serve Online Mall Sdn. Bhd. dan syarikat sekutunya kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan jenayah kewangan.

BNM berkata sebanyak 22 premis yang berkaitan dengan i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan syarikat sekutunya di Kuala Lumpur dan Selangor telah diserbu dan dokumen yang berkaitan dirampas bagi membantu siasatan bersama itu.

“Tindakan serbuan tersebut juga telah menyebabkan 45 akaun dalam tujuh bank dibekukan serta wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM118.7 juta dirampas,” katanya dalam kenyataan.

Syarikat berkenaan terbabit dalam e-dagang dan perkhidmatan berkaitan.

BNM berkata, tindakan penguatkuasaan itu diselaraskan oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan BNM sebagai agensi peneraju, bersama-sama dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan CyberSecurity Malaysia.

Katanya, i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan syarikat sekutunya disyaki melakukan pelbagai kesalahan, termasuk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Orang ramai dinasihati bahawa mana-mana individu yang menerima deposit tanpa lesen dianggap telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 137(1) FSA, manakala siasatan terhadap kesalahan pengubahan wang haram juga akan dibuat mengikut peruntukan di bawah AMLA,” menurut kenyataan itu.

Jika disabit kesalahan, individu tersebut boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram semasa kesalahan tersebut dibuat atau denda RM5 juta, mana-mana yang lebih tinggi, dan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai diingatkan supaya hanya menyimpan wang dan/atau melabur dengan pihak yang berlesen atau berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkaitan,” tambah kenyataan itu.

BNM dan SC menggesa orang ramai supaya berhati-hati apabila melabur dengan syarikat-syarikat dalam atau luar negara yang menawarkan pelbagai peluang pelaburan di samping menjanjikan pulangan yang lumayan.

Sekiranya orang ramai mengetahui atau ditawarkan peluang pelaburan seperti ini melalui promosi media sosial, e-mel atau telefon, mereka digalakkan untuk melaporkan perkara ini kepada BNM 03-2691 0824 atau SC di talian 03-6204 8999.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

EUR/GBP bersatu dalam julat sekitar 0.8800, pedagang menantikan CPI Zon Euro dengan penuh minat

EUR/GBP bergerak dari paras tertinggi seminggu, walaupun tidak mempunyai sebarang jualan susulan.Pertaruhan untuk lebih banyak kenaikan kadar oleh BoE dan ECB menghalang pedagang daripada...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 225 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 225.Dapatkan naskah MFM edisi ke 225 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Humza Yousaf telah disahkan sebagai menteri pertama Scotland yang baharu selepas undian di Parlimen Scotland.

Pemimpin SNP itu disokong oleh MSPnya sendiri dan Greens Scotland - menjamin dia memperolehi majoriti.Ketiga-tiga pemimpin pembangkang menentangnya tetapi mereka tahu mereka tidak mempunyai...

Bank Negara: KDNK 2023 Malaysia dijangka berkembang antara 4 dan 5 peratus, disokong oleh perbelanjaan pengguna walaupun ekonomi dunia meleset

Keluaran dalam negara kasar Malaysia dijangka berkembang antara 4 dan 5 peratus pada 2023, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang kukuh apabila pasaran pekerjaan dan...

Bank Dunia memberi amaran ekonomi global berisiko kehilangan dekad pertumbuhan

Ekonomi global berada dalam bahaya mengalami kehilangan dekad pertumbuhan, yang akan menjadi lebih teruk jika kegawatan kewangan semasa mencetuskan kemelesetan global, menurut penyelidikan baharu...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here