28.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

Bank Pusat Singapura catat rekod kerugian S$7.4 bilion

Date:

Share:

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mencatatkan jumlah kerugian sebanyak S$7.4 bilion pada tahun kewangan lalu, dengan hasil pelaburan lebih rendah bagi rizab asing dan dolar Singapura yang semakin kukuh.

Pengarah urusan MAS Ravi Menon berkata pada Selasa (19 Jul) bahawa hasil pelaburan bagi rizab asing Singapura berjumlah S$4 bilion. Namun ini diatasi dolar Singapura yang semakin kukuh dan kos faedah yang lebih tinggi.

Dolar Singapura yang semakin kukuh menyebabkan kesan pertukaran matawang asing negatif sebanyak S$8.7 bilion. Jumlah perbelanjaan pula meningkat kepada S$2.8 bilion, sebahagian besarnya disebabkan kos faedah lebih tinggi bagi operasi pasaran wang dalam negeri.

Ini menyebabkan kerugian S$7.4 bilion – yang pertama dalam hampir sedekad bagi MAS sejak tahun kewangan yang berakhir pada Mac 2013. Disebabkan kerugian itu, MAS tidak akan menyumbang kepada dana yang disatukan pemerintah mahupun memulangkan keuntungan kepada pemerintah tahun ini.

Dengan inflasi yang kian meningkat MAS mengetatkan dasar kewangan sebanyak empat kali sejak sembilan bulan lalu, termasuk pada Jan dan Julai.

Tidak seperti bank-bank pusat lain, MAS menguruskan kadar tukaran matawang Singapura berbanding menyesuaikan kadar faedah.

Apabila tekanan inflasi meningkat, MAS membolehkan kadar pertukaran berdasarkan perdagangan mengukuh dengan lebih pantas, menurut Encik Menon. Ini membantu mengurangkan inflasi import dan menghadkan permintaan eksport.

Nilai dolar Singapura sudah meningkat hampir 4 peratus berbanding pound Britain, 5 peratus berbanding euro, dan 9 peratus berbanding yen Jepun.

Ini membantu untuk menurunkan harga barangan import.

Harga import di Singapura melonjak sebanyak 27 peratus pada Mei berbanding setahun lalu dengan 80 peratus disbebakan harga minyak dan makanan lebih tinggi.

Kadar inflasi teras yang tidak termasuk harga pengangkutan privet dan penginapan diramal mencapai paras kemuncaknya antara 4 hingga 4.5 peratus dalam suku ketiga sekarang.

Kadar itu dijangka turun kepada antara 3.5 hingga 4 peratus menjelang akhir tahun ini.

SGMEDIACORP

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here