32.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

Bantuan Keluarga Malaysia ditambah jika harga barang masih belum stabil

Date:

Share:

Kerajaan tidak menolak kemungkinan menambah lagi jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi golongan B40 jika harga barang masih belum stabil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, kerajaan juga tidak menolak kemungkinan menambah subsidi kepenggunaan sedia ada sebanyak RM77 bilion.

“Saya umum pada Fasa 2 BKM kita tambah daripada RM400 jadi RM500. Kita tambah RM100, bukan `beri rm100′. Keseluruhan kepada golongan B40 setahun RM2,600

“Kita ada dua fasa lagi iaitu Fasa Ketiga dan Keempat. kita akan tengok keadaan jika perlu naikkan lagi. Kalau harga telah stabil kita tidak naikkan.

“Komitmen kerajaan bantu rakyat tangani kos sara hidup juga dibuktikan dengan meningkatkan pemberian subsidi kepada RM77 bilion tahun ini dan mungkin bertambah lagi berbanding peruntukan asal RM31 bilion pada 2020,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan memastikan kestabilan harga barangan.

Terdahulu, Ismail Sabri menerangkan, kenaikan harga barang merupakan suatu fenomena global yang sedang berlaku di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

Menurut beliau, kenaikan berlaku akibat pandemik Covid-19, perubahan iklim melampau serta konflik Rusia-Ukraine yang menyebabkan berlaku krisis makanan dunia.

Jelas beliau, Malaysia merupakan negara pengimport makanan dan terpaksa mengimport RM63.06 bilion makanan setahun sama ada makanan secara langsung atau tidak langsung.-KOSMO

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here