35.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

BELANJAWAN 2022 DIBENTANG DENGAN PERUNTUKAN RM 332 BILLION

Date:

Share:

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz membentangkan Bajet 2022 semalam dengan tema Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera. Sebanyak RM332 bilion diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia bagi tahun 2022 dimana RM223.5 bilion akan disalurkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM75.6 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan.

Bantuan kepada golongan berpendapatan rendah ditingkatkan kepada RM2,000 bagi isi rumah yang memperoleh pendapatang kurang dari RM2,500 sebulan dan mempunyai tiga orang anak atau lebih. Manakala untuk bapa atau ibu tunggal, bantuan RM500 akan disalurkan kepada mereka yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan.



Kerajaan juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan bagi melaksanakan program-program kesihatan. Manakala Kementerian Pendidikan diperuntukkan sebanyak RM52.6 bilion pada tahun hadapan.

Selain itu, bagi memastikan orang ramai mempunyai pekerjaan, kerajaan akan melaksanakan inisiatif JaminKerja dengan memberi subsidi kepada majikan untuk menggajikan pekerja. Langkah ini akan memanfaatkan sekitar 600,000 orang rakyat Malaysia dengan kos sekitar RM4.8 bilion.

Penempatan 80,000 orang di sektor GLC dan kerajaan juga akan terus dilaksanakan melalui program MySTEP.
Menurut ucapan Tengku Zafrul, ekonomi pada tahun ini dijangka berkembang sekitar 3% hingga 4%. Manakala untuk tahun 2022, ekonomi Malaysia diunjurkan meningkat sekitar 5.5% hingga 6.5%.

Kata beliau, ekonomi Malaysia pada separuh pertama telah meningkat 7.1% berbanding tahun sebelumnya. Namun disebabkan perintah berkurung pada suku ketiga, prestasi ekonomi diramalkan terkesan sebelum kembali rancak pada suku terakhir tahun ini.

Defisit fiskal pada tahun ini pula dianggarkan sekitar 6.5% namun dijangka turun pada tahun hadapan kepada 6.0%.
Kerajaan Malaysia turut mengumumkan untuk mengenakan cukai makmur iaitu cukai keuntungan luar biasa kepada syarikat-syarikat yang mencatatkan keuntungan besar. Pendapatan bercukai melebihi RM100 juta akan dikenakan cukai pada kadar 33%, lebih tinggi berbanding kadar cukai korporat semasa pada 24% ( untuk RM100 juta pertama ).



Dasar ini hanya akan dijalankan untuk taksiran cukai tahun hadapan.

Namun begitu, had ambang bagi levi minyak kelapa sawit ditingkatkan dari RM2,500 kepada RM3,000 setan buat pengeluar di Semenanjung Malaysia. Manakala di Sabah dan Sarawak, had ambang ditingkatkan kepada RM3,500 dengan kesemuanya perlu membayar levi pada kadar 3%.

Terkini, industri kelapa sawit merekodkan prestasi memberangsangkan setelah harga minyak kelapa sawit meningkat sehingga RM5,000 setan, tertinggi dalam sejarah.

Bagi memastikan kewangan negara diuruskan dengan baik, kerajaan juga akan memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal bagi memastikan kemampanan fiskal. Akta ini dijangka dibentangkan pada tahun hadapan. EKONOMI RAKYAT

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here