27.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

BELI PISANG GORENG MENGGUNAKAN NOT RM1000?.

Date:

Share:

INFO MENARIK

Bayangkan, anda singgah di gerai goreng pisang tepi jalan, dan anda hanya ada not RM1000 di dalam dompet, adakah penjaja goreng pisang tersebut sanggup terima not RM1000 anda itu untuk nilai pembelian pisang goreng yang hanya berharga rm2?.

Tunggu!. Mujurlah pada ketika ini sudah tiada lagi situasi tersebut. Bank Negara Malaysia telah memansuhkan penggunaan not RM1000 dan RM500 buat masa ini. Penggunaan not tersebut hanya sah laku pada tahun sebelum 1998.

Setelah berlaku krisis kewangan Asia yang mana beberapa matawang negara Asia mengalami kejatuhan teruk akibat serangan oleh spekulator matawang ketika itu, George Soros, Bank Negara mengambil beberapa langkah dalam mengatasi keadaan tersebut dalam mengimbangi keluar masuk nilai ringgit dan salah satu strateginya ialah memansuhkan penggunaan not besar RM1000 dan RM500.

“Bank Negara Malaysia pada 12 September 1998 mengumumkan bahawa wang kertas denominasi RM500 and RM1,000 dinyahwang. Wang kertas ini telah ditarik balik sah lakunya bermula 1 Julai 1999. Wang kertas RM500 dan RM1,000 dalam edaran sebelum dinyahwang masing-masing adalah sebanyak 1,989,479 keping dan 4,523,731 keping, dengan jumlah nilai muka sebanyak RM5.52 bilion. Kini, terdapat kurang daripada 200,000 keping wang kertas RM500 dan RM1,000 yang masih dalam edaran, dengan jumlah nilai muka lebih kurang RM100 juta. Orang ramai yang masih menyimpan wang kertas RM500 dan RM1,000 yang tulen boleh mendapatkan nilai penuh wang kertas RM500 dan RM1,000 yang telah dinyahwang ini di Bank Negara Malaysia, termasuk cawangan-cawangannya di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.”

Bank Negara Malaysia
27 Nov 2007

© Bank Negara Malaysia, 2007. All rights reserved


Jom cabar diri anda dan buktikan anda ada kebolehan dagangan yang baik. BOTT 2019 ialah platform untuk anda!. Daftar hari ini juga di:

http://54.251.66.43/slot-wild-card-bott-2019-masih-terbuka/

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here