26.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

BERSEDIA HADAPI INFLASI TERBURUK

Date:

Share:

Kadar inflasi di beberapa negara
Harga petrol RON95 meningkat 42 sen kepada RM2.05 seliter
Harga barang kian meningkat

Setelah dikecewakan dek harapan palsu tahun 2021, dunia menuju tahun 2022 dengan penuh cabaran. Inflasi ataupun peningkatan paras harga barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh isi rumah boleh dianggap risiko buat warga global termasuk Malaysia di dalam mengharungi tahun ini.

Di Amerika Syarikat, inflasi mencanak 6.8% pada November 2021 berbanding November 2020. Peningkatan sedemikian dianggap mendadak dimana ia merupakan rekod tertinggi sejak tahun 1982.

Kadar inflasi yang stabil merupakan salah satu objektif ekonomi penting kerajaan di seluruh dunia bagi memastikan aktiviti ekonomi berjalan baik.

Di negara ini, inflasi pada November lalu meningkat kepada 3.3% berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan ini dianggap tinggi berbanding paras sebelum Covid dimana Malaysia merekodkan inflasi masing-masing pada 1.0% dan 0.7% pada tahun 2018 dan 2019.

Berdasarkan Indeks Harga Pengguna ( CPI ), inflasi pada November 2021 didorong tinggi oleh peningkatan komponen pengangkutan. Harga bahan api misalnya telah meningkat dari RM1.63 seliter bagi RON95 kepada RM2.05 seliter.

Rakyat Malaysia terutamanya golongan menengah dan atasan yang menggunakan minyak secara kerap antara yang paling bertuah dengan polisi Kerajaan Malaysia ketika ini kerana meletakkan harga siling minyak kepada RM2.05 seliter.

Tanpa harga siling, harga purata RON95 pada bulan November lalu dijangka mencecah RM2.76 seliter.

Pada tahun ini, Bank Negara Malaysia tidak meletakkan apa-apa angka untuk unjuran inflasi. Ayat yang digunakan di dalam tinjauan ekonomi untuk suku ke-3 2021 yang lalu dalam menggambarkan inflasi pada tahun ini adalah ” headline inflation is projected to remain moderate in 2022 “.

Pada detik ini, antara faktor yang mungkin memberi risiko kepada isi rumah adalah peningkatan kos logistik. Indeks Fret Kontena Shanghai telah meningkat lima kali ganda dari sekitar 1,000 mata pada Januari 2020 kepada 5,000 mata pada Januari 2022.

Langkah ini bakal memberi kesan yang tinggi buat rakyat Malaysia kerana sebahagian besar aktiviti ekonomi tanahair melibatkan barangan yang diimport. Pada tahun 2020 misalnya, RM800 bilion barangan telah diimport ke Malaysia. Nombor ini bukanlah angka yang kecil, ia bersamaan dengan lebih separuh saiz ekonomi Malaysia.

Jika isu ini tidak selesai di dalam tempoh yang terdekat, pengeluar mungkin terpaksa menaikkan harga barang sekaligus membebankan pengguna.


Langkah-langkah sedemikian sudah dapat dilihat akhir-akhir ini. Pada Disember lalu, pengeluar roti Gardenia telah meningkatkan harga mereka kepada RM4.00 bagi roti bersaiz jumbo 600g. Tindakan yang serupa turut diambil oleh sebuah lagi pengeluar roti besar di Malaysia iaitu Massimo.

Perkembangan ini bukanlah suatu situasi yang baik buat golongan berpendapatan rendah. Hal ini kerana roti merupakan alas perut yang paling murah dan senang dimakan yang merupakan makanan utama buat golongan yang kurang bernasib baik.

Kebimbangan mengenai kenaikan inflasi yang tinggi turut disuarakan oleh Socio-Economic Research Center. Badan penyelidikan ini menjangkakan inflasi pada tahun 2022 adalah sekitar 3.0%, lebih tinggi berbanding unjuran Kementerian Kewangan sekitar 2.1%.

Berapa pun angka inflasi, rakyat Malaysia tetap perlu mengharungi tahun 2022 dengan penuh cabaran setelah pendapatan mereka jatuh mendadak pada tahun lalu. EKONOMI RAKYAT

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Bank Dunia memberi amaran ekonomi global berisiko kehilangan dekad pertumbuhan

Ekonomi global berada dalam bahaya mengalami kehilangan dekad pertumbuhan, yang akan menjadi lebih teruk jika kegawatan kewangan semasa mencetuskan kemelesetan global, menurut penyelidikan baharu...

NZD/USD leans bearish in phase of consolidation

NZD/USD is consolidating at the start of the week in mixed risk sentiment. Poor performance on crosses suggests the Kiwi is still out of favour.NZD/USD...

Industri perbankan seluruh dunia sedang runtuh,industri hartanah seterusnya

Krisis perbankan semakin buruk.Untuk minggu ketiga berturut-turut, setiap minggu hanya menjanjikan spekulasi kosong untuk 'damage control' dan menjadi penentu bagi sektor perbankan, kerana pelabur...

ANALISA TEKNIKAL GOLD 27 MAC 2023

GOLD DI TIMEFRAME H1.FORECAST: HARGA ASALNYA DALAM KEDUDUKAN UPTREND ATAU MENAIK, NAMUN KETIKA INI HARGA TIDAK BERJAYA BREAK DAN CLOSE DIATAS HIGHER HIGH SEMASA...

ANALISA TEKNIKAL GBPUSD 27 MAC 2023

GBPUSD DDI TIMEFRAME H1.FORECAST: HARGA SEBELUM INI MEMBUAT KENAIKAN ATAU UPTREND, NAMUN HARGA TIDAK BERJAYA BREAK DAN CLOSE DIATAS HIGHER HIGH SEMASA UNTUK...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here