27.2 C
Kuala Lumpur
spot_img

BNM kekalkan OPR pada 2.75%

Date:

Share:

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis membuat keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut.

Pada November lalu, Bank Negara Malaysia telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75%.

Kenaikan tersebut merupakan hasil perbincangan ketika mesyuarat bersama Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dan dilaporkan telah meningkat sebanyak empat kali berturut-turut dengan kadar 25 mata asas untuk setiap satunya sejak Mei 2022.

BNM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa OPR akan dikekalkan pada 2.75% selepas beberapa kali berlaku peningkatan.

Ekonomi global terus dibebani oleh tekanan kos serta kadar faedah yang tinggi dan gangguan berkaitan kes Covid-19 yang melanda negara China.

Faktor-faktor tersebut telah melebihi keseimbangan daripada keadaan pasaran buruh yang positif dan pembukaan semula ekonomi serta sempadan antarabangsa.

Ekonomi Malaysia Menunjukkan Perkembangan Positif Pada Suku Terakhir 2022

Dalam kenyataan yang sama, BNM menjelaskan bahawa data terkini menunjukkan bahawa Malaysia kini mempunyai perkembangan ekonomi yang positif pada suku terakhir tahun 2022.

Berdasarkan data, pertumbuhan pada tahun 2022 melebihi julat unjuran awal iaitu 6.5% sehingga 7.0% dan mencatatkan prestasi yang kukuh. Pertumbuhan pada tahun 2023 pula dijangka lebih sederhana berikutan ekonomi global yang masih perlahan.Bank Negara Malaysia (BNM).

Perkembangan ekonomi negara dilihat akan bergantung kepada permintaan dalam negeri termasuklah dari segi perbelanjaan isi rumah dan juga kedatangan pelancong dari luar negara memasuki Malaysia.

Pertumbuhan akan kekal disokong oleh permintaan dalam negeri. Perbelanjaan isi rumah akan menjadi salah satu faktor yang disokong oleh penambahbaikan yang berterusan dalam prospek pekerjaan dan pendapatan. Ketibaan pelancong yang semakin ramai juga telah meningkatkan sektor pelancongan.Bank Negara Malaysia (BNM).


Apa itu Kadar Dasar Semalaman (OPR)?

Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah elemen yang sangat penting dalam dasar monetari Malaysia dan boleh memberi kesan kepada pelbagai urusan kewangan seperti kadar deposit dan pinjaman, pertukaran matawang asing serta faedah pembiayaan perumahan.

Secara ringkasnya, OPR ialah kadar faedah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada peminjam yang membuatkan pinjaman wang dalam tempoh satu malam.

Apabila berlakunya peningkatan OPR, bayaran ansuran bulanan pembayaran balik untuk pembelian rumah dan pinjaman peribadi kepada pihak bank juga akan bertambah dan kelayakan untuk membuat pinjaman baharu juga akan diperketatkan.

Namun, kadar pinjaman kereta yang berkadar tetap tiada perubahan kepada jumlah pembayaran bulanan.

Persiapan Hadapi Sebarang Perubahan Berkaitan OPR

Setakat ini, OPR dikekalkan pada tahap 2.75% oleh pihak BNM.

Namun sebagai langkah berjaga-jaga, terdapat beberap perkara yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia dengan sebarang perubahan. Antaranya:

  • Semak semula dengan pihak bank tentang bayaran ansuran bulanan yang perlu dibayar.
  • Rancang perbelanjaan dengan baik dan tidak boros.
  • Sentiasa bertukar maklumat dengan kenalan dan ahli keluarga tentang kewangan negara.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

China memberikan reaksi terhadap penangguhan lawatan Anthony Blinken

China berkata ia menghormati keputusan pentadbiran Biden untuk menangguhkan lawatan Setiausaha Negara Anthony Blinken ke Beijing selepas belon altitud tinggi China dikesan di ruang...

Apakah sebenarnya MyFxBook ni ?

MyFxBook adalah platform online yang memungkinkan pedagang dan pelabur forex untuk memantau dan menganalisis kinerja trading mereka. Ia menyediakan seperangkat alat yang memungkinkan pengguna...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 217 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 217.Dapatkan naskah MFM edisi ke 217 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Gold Price Forecast: XAU/USD could see a bumpy road to recovery toward $1,930 – Confluence Detector

Gold price is licking its wounds amid a broad United States Dollar rebound.Dovish Fed expectations, weak US Treasury bond yields could limit Gold’s downside.Gold...

Fed to deliver 25bp hikes in March and May for a peak funds rate of 5.00-5.25% – Goldman Sachs

The Goldman Sachs Research team said in its client note that it expects the US Federal Reserve (Fed) to hike interest rates by 25 basis points...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here