26.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

BOTT VS PFT 2019: FENOMENA DUNIA DAGANGAN FOREX MALAYSIA

Date:

Share:

Pada ketika ini, dua aktiviti dagangan berlangsung serentak dan mendapat perhatian oleh ramai pihak di luar sana: Battle of The Trader (BOTT) 2019 dan Profesional Forex Trader (PFT) 2019. Aktiviti berkonsepkan demonstrasi kepada umum, bagaimana dagangan forex dilakukan oleh para pedagang FX yang terpilih dimana orang ramai boleh melihat sendiri dagangan para peserta; 100% transparensi.


KONSEP AKTIVITI

BOTT 2019 : Dianjurkan oleh krew Majalah Forex Malaysia, lebih bersifat pertandingan di mana MFM memberi ruang kepada semua untuk menyertai aktiviti ini. Syarat pertandingan adalah ringkas, jana keuntungan semasa tempoh masa dagangan diberi. Modal disediakan secara percuma kepada semua peserta (kecuali ketika peringkat pemilihan slot Wild Card sahaja).

Peserta dipilih melalui fasa undian di mana para pembaca MFM akan memilih trader yang mereka ingin lihat beraksi. Permintaan untuk menyertai aktiviti ini sangat ramai, tetapi hanya 18 peserta sahaja yang layak ke peringkat akhir BOTT 2019.

Kesemua peserta telah diberi penerangan secara terperinci; BOTT 2019 ialah platform demonstrasi kepada awam bagaimana dagangan FX dilakukan, dan kesemua peserta diletakkan harapan untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keuntungan walaupun kecil, ataupun setidak-tidaknya tidak berlaku Stop Out/Margin Call pada akaun dagangan yang diberikan, memandangkan peserta yang terpilih ialah peserta-peserta yang mempunyai “follower” yang ramai.

Walaubagaimanapun, kami tidak menghalang sekiranya terdapat peserta yang ingin mengambil risiko yang tinggi semata-mata untuk memenangi pertandingan ini, tetapi, jika ada yang gagal menjaga akaun dengan baik dan berakhir dengan MC, maka anda akan di cop MC. Itu peraturan yang kami tetapkan sejak dari awal.

PFT 2019 : Professional Forex Trader sebenarnya telah bertapak lama di dalam industri Forex di Malaysia. Tahun 2019 PFT muncul kembali dan menghangatkan lagi industri FX tanah air. Kekuatan yang ada pada PFT ialah program ini berjaya menarik nama besar industri FX Malaysia di mana peserta-peserta yang terpilih datang dari kalangan mereka yang bergiat aktif dalam pasaran FX Malaysia.

Nama-nama besar dunia FX Malaysia yang menyertai program ini menjadikan PFT sebagai platfor terulung komunitit FX Malaysia. Tidak hairan la kenapa PFT begitu mendapat sambutan hangat daripada komuniti FX Malaysia. Konsep PFT sangat jelas, demonstarsi awam bagaimana dagangan FX dilakukan.

PFT bukanlah berbentuk pertandingan seperti BOTT. Peserta dinilai dari pelbagai sudut seperti kawalan akaun yang baik, draw down yang rendah, dan peratusan ketepatan entry yang tinggi. Jelas matlamat utama PFT bukan mencari trader yang mencipta profit tertinggi, tetapi lebih menyeluruh seperti keupayaan mengawal akaun dan emosi dengan baik.

Tiada hadiah disediakan kecuali piala pusingan sebagai penghargaan kepada trader yang berjaya menunjukkan keupayaan mengawal akaun dagangan dengan baik.

LAPORAN TERKINI

BATTLE OF THE TRADER (BOTT) 2019

BOTT 2019 kini telah berlangsung selama 5 minggu. Secara statistiknya, 16 peserta telah beraksi dan berikut ialah laporan keseluruhan setakat ini:

Peserta yang telah beraksi : 16 peserta
Peserta layak ke pusingan ke-2 : 4 peserta
Peserta yang berjaya membuat keuntungan : 6 peserta sahaja
Peserta yang gagal membuat keuntungan tetapi tidak MC : 4 orang
Peserta yang berakhir dengan MC/Stop out : 7 peserta
Rekod terpantas MC : Dalam masa sehari dagangan

PROFESIONAL FOREX TRADER (PFT) 2019

Bagi PFT 2019 pula, anda boleh layari ke page rasmi PFT untuk mengikuti sendiri laporan terkini aktiviti tersebut yang mana telah berjalan selama 2 minggu. Klik pautan di bawah:

https://www.facebook.com/toptraderlivetrade/

Secara ringkas, statistik prestasi peserta yang dilaporkan adalah seperti berikut:


STATISTIK MINGGU KEDUA

– JUMLAH PESERTA – 28
– KEKAL – 18
– TERKELUAR – 10
– Posisi PROFIT – 10
– Posisi RUGI – 18

TOP 3 GAIN TERTINGGI

1) Azlan Ronin47 – 130.97%
2) Kalai Ram – 102.23%
3) Sashi Torpedo – 89.67%

PESERTA TERKELUAR

1) Pak Lurah
2) Zamani FX
3) Arif Aizad
4) Arif Ahmad
5) Zulkifli Mohd Din
6) Duan FX
7) Abu Hassan Wahab
8) Mawi FX
9) Royfaizal Razali
10) Zally Ismail (Tarik Diri atas Faktor Hal Peribadi)

PELBAGAI PANDANGAN DARIPADA UMUM

Berikut merupakan koleksi pendapat atau komen daripada umum yang mengikut rapat kedua-dua aktiviti ini:

Komen untuk BOTT 2019

Komen untuk PFT 2019:

TRADER TUMPUAN MFM

KESIMPULAN

PFT dan BOTT ialah aktiviti sesama komuniti trader di Malaysia. Konsep mungkin sedikit berbeza, tetapi matlamat utama tetap sama, mengangkat martabat trader-trader Malaysia ke satu tahap yang lebih profesional.

Oleh itu, kepada peserta-peserta sama ada di PFT 2019 atau BOTT 2019, buktikan kemampuan anda. Bagi kami di pihak MFM, konsistensi adalah kunci kejayaan dalam dunia dagangan, bukan pencapaian yang terlalu luar biasa tetapi tidak mampu diulang.

Kami suka mengambil pendapat salah satu pembaca Majalah Forex Malaysia, “biar kalah dari segi % profit, tetapi tidak MC”. Anda semua yang terpilih adalah individu yang sangat bertuah, melakar sejarah dunia komuniti trader di Malaysia!.

Selamat maju jaya kepada semua!.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Rizab Forex Indonesia menyusut ke paras terendah 2 tahun pada bulan Julai – UOB

Pakar ekonomi di Kumpulan UOB Enrico Tanuwidjaja mengulas angka rizab Forex terkini di Indonesia.Petikan Utama“Rizab pertukaran asing Indonesia jatuh kepada USD132.2 bilion pada Julai...

Tinjauan IPSOS dapati 45% rakyat M’sia hidup sekadar ‘cukup makan’

Rakyat Malaysia tidak terasing daripada terkena tempias inflasi yang kini melanda serata dunia, dengan 45 peratus rakyat mengakui situasi kewangan mereka sekadar cukup makan.Tinjauan...

Turkiye’ mula guna sistem pembayaran Rusia

Lima daripada bank Turki telah mula menggunakan sistem pembayaran Mir Rusia, menimbulkan kebimbangan bahawa ia boleh digunakan untuk mengurangkan sekatan ke atas pencerobohan Ukraine....

Teknik Holy Grail Dalam Forex?

Tanyalah mana-mana pemain di Wall Street (Pemegang PhD matematik dan fizik yang mencipta strategi perdagangan algoritma yang kompleks) mengapa tiada penunjuk, kaedah atau...

10 orang ahli politik paling korup di dunia sepanjang zaman

Dalam situasi di mana 'cash is king', semua orang yang berkepentingan akan menjadi amat berhati-hati dan memasang telinga mendengar dengan teliti.Di mana kuasa...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here