Broker Forex TIFIA yang dikenali ramai telah memaklumkan bahawa akan menamatkan operasinya di Malaysia melalui satu notifikasi edaran emel kepada semua pelanggan hari ini.
Melalui notifikasi emel tersebut juga,TIFIA memaklumkan bahawa pada hari Isnin,30 May 2022,semua posisi dagangan akan ditutup.Semua dana bonus & kredit akan dibatalkan mulai hari Jumaat 27 May 2022.
Semua dana milik pelanggan didalam akaun dagangan akan dipulangkan sepenuhnya dan permintaan untuk pengeluaran adalah melalui ‘first come,first serve basis’.
TIFIA juga memaklumkan bahawa proses pengeluaran juga mungkin akan sedikit perlahan berikutan volume permintaan pengeluaran yang bertambah.Walaubagaimanapun mereka memberi komitmen untuk menyelesaikan segala pengeluaran sebelum 30 Jun 2022.