fbpx
31.8 C
Kuala Lumpur
January 26, 2022

Cabaran Seorang Trader

SHAZNI

Setiap trader akan menghadapi pelbagai cabaran dalam trading mereka. Setiap cabaran yang dihadapi adalah berbeza untuk setiap orang. Oleh itu, kita sebagai seorang trader yang ingin berjaya haruslah menghadapi setiap cabaran atau halangan itu dengan baik.

Mari kita lihat  contoh  cabaran yang sering dihadapi oleh trader :

  • Perlu pantau pasaran dengan cara yang berterusan untuk mengubah atau membetulkan strategi dagangan dari semasa ke semasa.
  • Belajar melawan perasaan takut supaya tidak mempengaruhi diri.
  • Perlu belajar cara berdagang dengan betul sebelum memulakan trading.
  • Semasa ingin memulakan trading, anda akan menghadapi cabaran dalam memilih broker. Ini kerana terdapat banyak jenis broker yang tersedia untuk anda.
  • Perdagangan memerlukan banyak kesabaran untuk menunggu isyarat yang betul dan tepat.