31.8 C
Kuala Lumpur
spot_img

CIMB BANK KINI BERMASALAH?

Date:

Share:

Seorang individu melalui profil @pundetaguna kini gusar apabila berhadapan situasi kewangan menyusahkan yang datang dari Bank CIMB Malaysia.

Menurut perkongsian beliau dari rajutan Twitter, pada mulanya beliau menerima mesej dari CIMB yang mengatakan akaun bank beliau akan ditolak dengan sejumlah wang besar bernilai RM28,500.90.

 

 

Kemudiannya apabila akaun CIMB Clicks dibuka, beliau lebih terkejut kerana terdapat baki negatif sebanyak RM28,490.23 masuk secara tiba-tiba ke dalam akaun Available Balance.

Untuk makluman, untuk kes ini, jika jumlah duit itu berada dalam kurungan untuk Available Balance, ini bermakna beliau berhutang sebanyak RM28,490.23 kepada CIMB.

Beliau kemudiannya telah melaporkan isu ini kepada CIMB dan menurut penjelasan bank berkenaan, transaksi wang berpuluh ribu itu adalah sahih dan beliau perlu membayar semula wang itu, bukannya sekadar glitch atau pepijat.

Melalui penjelasan CIMB, hal ini terjadi akibat duplikasi wang yang dikreditkan ke dalam akaun @pundetaguna, justeru bank akan mendebit semula duit untuk dibayar kepada bank CIMB.

Beliau turut bertanya dari mana datangnya wang berpuluh ribu itu, namun jawapan CIMB semakin menyerabutkan kepala kerana wang itu tidak wujud dalam sejarah transaksi di mana-mana bahagian dalam akaun CIMB beliau.

Secara ringkasnya, wang itu muncul secara tiba-tiba dalam bahagian Available Balance dan beliau terpaksa membayar semula kepada CIMB.

Apa yang agak menarik adalah pihak CIMB turut membincangkan mengenai kaedah pembayaran termasuk juga boleh membayar secara ansuran jika tidak cukup duit untuk membayarnya.

Beliau turut menambah beliau tidak mempunyai transaksi akaun dari kriptowang atau apa-apa akaun lain yang memungkinkan akaun bank beliau untuk mempunyai jumlah sebanyak itu.

Setakat ini isu ini masih lagi belum menemui penyelesaian dan kami di Wiser sendiri pun masih tertanya-apa yang sebenarnya terjadi di sebalik insiden ini.

Mungkin pembaca boleh semak akaun CIMB masing-masing, adakah ada terjadi seperti perkara ini?

CIMB Kata Ralat Pemprosesan Punca Akaun Bank Menjadi Negatif

Sementara itu, pihak CIMB telah tampil memberikan kenyataan berhubung kejadian tersebut. Dikatakan ia berpunca dari ralat pemprosesan yang menyebabkan sejumlah pelanggan menerima kredit duplikasi dalam akaun bank mereka.

Melalui New Straits Times, dilaporkan sebanyak 11,000 pengguna CIMB telah mengalami pembekuan akaun sejak dari Isnin dan menerima mesej bahawa mereka perlu membayar ribuan ringgit.

Buat masa ini, CIMB kini sedang menghubungi pelanggan yang terkesan agar mendapat penyelesaian yang sepatutnya.

Jika anda mengalami isu ini, boleh hubungi nombor bank CIMB di talian 03-22956188 untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 259 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 259. Dapatkan naskah MFM edisi ke 259 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Broker Justmarkets Refund Deposit Trader

Insiden berlaku pada pagi Isnin, 13 November 2023, di mana seorang trader melaporkan kerugian besar akibat daripada gangguan pada carta Justmarkets. Ketika kejadian, individu...

Blockchain Festival Asia 2024: Uniting the World’s Leading Innovators in BlockchainTechnology

Blockchain enthusiasts, investors, and industry leaders will converge in acelebration of technological innovation and the future of blockchain at the highly anticipatedBlockchain Festival Asia,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 258 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 258.Dapatkan naskah MFM edisi ke 258 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

USD/JPY berdagang dengan kerugian harian sederhana sekitar pertengahan 150.00s, kekurangan jualan susulan

USD/JPY kekal dalam defensif untuk hari kedua berturut-turut di tengah-tengah USD yang menurun.Pertaruhan bahawa Fed telah selesai dengan kitaran kenaikan kadarnya terus membebankan wang.Pendirian...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here