32.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

Dividen Bank Rakyat 2022

Date:

Share:

Masuk bulan April mesti semua akan tertanya-tanya, “Bila dividen tahun ni akan diumumkan dan berapa agak-agaknya kadar dia pula untuk tahun ni”. Jangan risau, pada hari ini pertanyaan anda semua akan bakal terjawab kerana dividen dan kadarnya sudah diumumkan pada jam 11:15 pagi tadi.

Dividen Bank Rakyat

Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM111.75 bilion berakhir Disember 2020.

Merujuk kepada laman web rasmi Bank Rakyat pula, Pelaburan Unit Amanah Bank Rakyat ditawarkan kepada:

  1. Pemohon individu:
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur 18 hingga 65 tahun
  4. Bagi pelaburan bersama; pelabur utama mestilah berumur 18 tahun ke atas, dan tiada syarat umur bagi pelabur bersama
  5. Permohonan untuk nama bersama adalah terhad kepada dua orang sahaja.

  6. Pemohon institusi – Syarikat, koperasi, pertubuhan, pemilik tunggal, institusi, dan lain-lain
  7. Jumlah pelaburan minimum bermula pada RM500* (Ianya berbeza mengikut dana)

Kadar Dividen 2022

Bank Rakyat telah umum bayaran dividen 15 peratus bagi 2021 berbanding 13 peratus pada 2020, yang melibatkan pembayaran sebanyak RM429.50 juta.

Pembayaran dividen ini akan dikreditkan mulai 25 April 2022.

Tan Sri Noh Omar

Dividen itu diumumkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar pada sidang pengumuman dividen Bank Rakyat dan prestasi kewangan Kumpulan Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, di sini, hari ini.


Sejarah Dividen
Berikut adalah sejarah dividen untuk 5 tahun sebelum untuk anda melihat kadar-kadar yang telah diumumkan;

TahunKadar Dividen
202013%
201914%
201813%
201715%
201615%
Kadar dividen daripada tahun 2016 sehingga tahun 2020.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan kadar dividen Bank Rakyat, sila rujuk saluran berikut:

Facebook Bank Rakyat : https://www.facebook.com/myBANKRAKYAT

Laman web rasmi Bank Rakyat : https://www.bankrakyat.com.my/

Talian Hotline Bank Rakyat : 1-300-80-5454

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here