KUALA LUMPUR : Bank Rakyat telah mengeluarkan kenyataan pembayaran dividen sebanyak 13 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2020 berbanding 14 peratus pada tahun sebelumnya.
Pembayaran tersebut membabitkan anggotanya iaitu 834,302 orang yang berjumlah sebanyak RM373.36 juta. Dividen tersebut akan dikreditkan kepada anggotanya bermula hari ini.
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar iaitu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, walaupun kadar dividen itu berkurangan satu peratus berbanding 2019, Bank Rakyat kekal mencatat pemberian dividen dua angka sejak 22 tahun lalu
Walaupun dengan persekitaran yang sangat mencabar disebabkan COVID19, bank itu tetap berjaya mencatatkan prestasi kewangan yang membanggakan.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan dividen Bank Rakyat dan prestasi kewangan kumpulan Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 hari ini.