27.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

EURO MENGUKUH MENGATASI BEBERAPA MATAWANG LAIN SELEPAS RUNDINGAN BREXIT DICAPAI MINGGU LALU

Date:

Share:

Corak pergerakan matawang Euro menunjukkan peningkatan positif pada minggu ini berbanding beberapa matawang utama dunia yang lain. Sejak rundingan BREXIT diantara Kesatuan Eropah dan negara United Kingdom dicapai pada minggu lalu, sentimen yang memihak kepada Kesatuan Eropah menyebabkan keyakinan pelabur terhadap matawang Euro juga turut meningkat mendadak.

Kenyataan demi kenyataan terbit dari pihak kerajaan United Kingdom berkenaan amaran terhadap perubahan yang akan berlaku pada 1 Januari 2021 di mana tarikh tersebut merupakan tarikh rasmi transisi BREXIT bermula. Perubahan dari segi peraturan dan undang-undang baharu akan mula dilaksanakan selepas 1 Januari.

Antara perubahan yang ketara akan berlaku selepas 1 Januari ini adalah seperti berikut:

  1. Peraturan perdagangan di antara Kesatuan Eropah dan United Kingdom
  2. Peraturan sektor pelancongan
  3. Kawasan perikanan
  4. Perundangan
  5. Keselamatan serantau
  6. Pendidikan

Klik di sini untuk baca perubahan secara lengkap dari sumber utama: https://www.bbc.com/news/explainers-55180293

Kedua-dua belah pihak meminta rakyat untuk bersedia menghadapi perubahan yang akan berlaku. Situasi adalah berbeza selepas BREXIT bermula secara rasmi, jauh daripada situasi normal sebelum. Pastinya akan berlaku pelbagai kekeliruan dan sedikit kekecohan nanti.

Keadaan ini menyebabkan matawang EURO dan GBP dalam keadaan berisiko tinggi, bergantung kepada keadaan semasa dan tindak balas pasaran apabila BREXIT berjalan secara rasmi nanti.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here