25.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

FITCH RATING AAA MEMBANTU MENGUKUHKAN AUSTRALIAN DOLLAR

Date:

Share:

Matawang Australian Dollar merupakan matawang paling kukuh di dalam pasaran tukaran matawang asing pada hari ini, meningkat mengatasi hampir kesemua matawang utama yang lain kecuali New Zealand Dollar.

Fitch Ratings memberi markah “AAA” kepada negara Australia sekaligus mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Australia pada minggu ini. Fitch Ratings dalam kenyataan rasminya menyebut bahawa:

“Rating “AAA” yang diberikan kepada Australia adalah berdasarkan institusi yang kukuh serta rangka polisi yang berkesan, terbukti apabila menyokong pertumbuhan ekonomi walaupun pada ketika wabak coronavirus melanda global tahun lalu. Walaupun begitu, kami mensasarkan pertumbuhan yang negative akan dihadapi oleh Australia pada tahun ini disebabkan oleh peningkatan hutang awam/GDP disebabkan oleh pandemic semasa.”

Fitch menjangkakan Keluaran Negara Kasar (KDNK) negara Australia menguncup sebanyak 2.8% pada tahun 2020, berbanding paras median sekitar 3.8%. Agensi tersebut turut membuat jangkaan KDNK Australia akan berkembang pada tahun 2021 pada kadar 3.8% dan 2.7% pada 2022.

Penganalisa pasaran mengaitkan pengukuhan matawang Australia didorong oleh peningkatan mendadak harga bijih besi dan logam tembaga. Logam tembaga mencatatkan peningkatan harga tertinggi dalam dekad ini dan trend industry logam tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan perlahan setakat ini.

Pair AUD/USD meningkat kepada paras sekitar 07900 setakat malam ini, manakala pair EUR/AUD terus menerus turun dan kini berada pada paras sekitar 1.53500.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here