25.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

Full time trader?

Date:

Share:

KELEBIHAN DAN CABARAN

Oleh: Ahmad Faizuddin b Razali

Menjadi seorang “full time trader” atau istilah popular yang selalu disebut, FTT, hanya mereka yang memilih jalan ini sahaja tahu apa kelebihan dan cabaran yang dihadapi. Secara peribadi, saya sendiri telah jadikan FTT sebagai “karier” saya sejak awal tahun 2018, memasuki tahun kedua.

KELEBIHAN

Jika bercerita tentang kelebihan, pastinya “masa” adalah jawapan yang paling terbaik akan diberi oleh semua para FTT ini. Kami bebas mengatur masa kami tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Dalam erti kata yang lain, kami adalah bos kepada diri sendiri.

Kerjaya sebagai pedagang dunia moden ini sangat mudah, cukup dengan hanya mempunyai “gadget” ringkas beserta akses kepada internet, kami bebas untuk mencari keuntungan di mana sahaja kami berada. Tiada istilah pelu bangun awal untuk sampai awal ke pejabat, tiada istilah “deadline” yang perlu dihantar kepada majikan, tiada istilah kesesakan lalu lintas yang terpaksa dihadapi untuk ke pejabat, kami sangat bebas untuk mengatur hidup kami. Ibarat kami mempunyai “infinity stone” bebas mengawal masa kami sendiri!.

CABARAN

Cabaran?. Pastinya ada dan banyak sebenarnya!. Mungkin jika anda baca ayat-ayat di atas, anda membayangkan menjadi seorang FTT ini seperti di syurga bukan. Jangan tersilap langkah, syurga yang kita impikan itu boleh bertukar menjadi neraka!.

Jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang FTT, pada ketika anda sudah terbiasa dengan situasi yang mana cukup bulan, pergi ATM, cucuk duit, adakah anda bersedia untuk kehilangan “keistimewaan” itu?. Menjadi seorang FTT ini ibarat kita membuka perniagaan. Ada hari untung ada hari kita kerugian.

Tanpa perancangan yang rapi, anda bakal terperangkap dalam dunia yang penuh dengan stress sebagai FTT ini. Pengalaman saya, tahun pertama sangat-sangat menguji diri saya. Kita akan tersenyum pada ketika dagangan kita berjaya, tetapi sangat-sangat tertekan apabila diuji dengan ujian kerugian, lebih-lebih lagi jika berlaku pada hujung bulan, masa untuk membayar pelbagai komitmen sara hidup satu keluarga.

Kestabilan hanya muncul pada tahun kedua, apabila saya sudah terbiasa dengan gaya hidup sebagai FTT, pada ketika saya sudah terbiasa dengan naik turun dagangan. Alhamdulillah, tekanan itu ada, tapi tidak seteruk semasa tahun pertama percubaan menjadi FTT.

Satu perkara yang saya belajar dan akan menjadi pedoman saya sampai bila-bila, anda meingmpikan sesuatu, tetapi sejauh mana anda berani untuk kejar impian anda itu?. Kenapa saya pilih FTT sebagai kerjaya saya, tidak lain tidak bukan, KEBEBASAN MASA. Saya ambik risiko dan tempuh dugaan yang berat sebelum stabil pada tahun kedua.

Jika anda mengimpikan untuk menjadi seorang FTT, tepuk dada tanya selera. Ingin kejar impian anda, atau kekal dengan hidup anda ketika ini. Sama seperti trading, hidup anda adalah pilihan anda, pastikan anda tahu bila nak “cut loss” dan bila nak “take profit” ya!.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here