25.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

Genting Malaysia rugi RM126.53 juta suku pertama tahun ini

Date:

Share:

Kerugian bersih Genting Malaysia Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berkurangan kepada RM126.53 juta berbanding RM483.59 juta setahun lalu.

Pendapatan diraih melonjak hampir tiga kali ganda kepada RM1.72 bilion daripada RM623.35 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata pendapatan lebih tinggi disumbangkan peningkatan tiga kali ganda hasil daripada perniagaan hospitaliti dan percutian di Malaysia, berbanding setahun lalu.

“Ini khususnya disebabkan volum perniagaan lebih tinggi daripada segmen perjudian dan bukan perjudian, susulan pelonggaran sekatan perjalanan semasa suku pertama 2022,” katanya.

Ia berkata, pendapatan pada suku dikaji terkesan oleh penutupan sementara Resorts World Genting (RWG) selama hampir sebulan, disusuli oleh pelaksanaan semula sekatan perjalanan di seluruh negara disebabkan oleh kesan pandemik COVID-19.

Di Malaysia, ia berkata kumpulan akan terus fokus memperkukuhkan operasi di RWG, susulan pelonggaran selanjutnya sekatan COVID-19 di negara ini dan pembukaan semula sempadan negara sejak 1 April 2022.

Susulan pertambahan jumlah pengunjung di resort itu, kumpulan juga akan memberikan tumpuan untuk memaksimumkan sumbangan hasil dengan memperhebatkan analitik pangkalan data dan menyasarkan usaha pemasaran bagi mengembangkan segmen perniagaan utama.

“Pada masa sama, kumpulan akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan perkhidmatan secara keseluruhan bagi meningkatkan kualiti pengalaman pengunjung di RWG,” katanya.- BH

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here