26.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

GKP 3.0 MULA DIBAYAR 10 JUN 2021

Date:

Share:

Lebih sejuta perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) akan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 sebanyak RM1,000 bermula 10 Jun 2021,Khamis ini secara berperingkat membabitkan implikasi kewangan hampir RM1 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai hari ini di pautan https://gkp.hasil.gov.my.

Katanya, bayaran tambahan sebanyak RM500, membabitkan peruntukan hampir RM500 juta, akan dibayar pada Julai depan menjadikan jumlah keseluruhan di bawah GKP 3.0 sebanyak RM1.5 bilion.

“Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan pada 17 Mac lalu, kerajaan memutuskan pemberian GKP 3.0 sebanyak RM1,000 kepada lebih sejuta peniaga mikro untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka, khususnya dalam menguruskan aliran tunai masing-masing.

“Pada 31 Mei lalu, melalui program PEMERKASA+, kerajaan mengumumkan komitmen yang sama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, di mana jumlah tambahan sebanyak RM500 akan dibuat, menaikkan jumlah bayaran kepada RM1,500 bagi setiap PKS mikro.

“Ini bermakna, jumlah bayaran GKP 3.0 adalah sebanyak RM1.5 bilion,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tengku Zafrul menambah, secara keseluruhan, sejumlah RM5.08 bilion sudah dan akan disalurkan kepada hampir sejuta PMKS di bawah GKP sejak COVID-19 melanda negara.

“Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PMKS ini akan meringankan beban mereka, terutama mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0 pada kali ini,” katanya.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Rizab Forex Indonesia menyusut ke paras terendah 2 tahun pada bulan Julai – UOB

Pakar ekonomi di Kumpulan UOB Enrico Tanuwidjaja mengulas angka rizab Forex terkini di Indonesia.Petikan Utama“Rizab pertukaran asing Indonesia jatuh kepada USD132.2 bilion pada Julai...

Tinjauan IPSOS dapati 45% rakyat M’sia hidup sekadar ‘cukup makan’

Rakyat Malaysia tidak terasing daripada terkena tempias inflasi yang kini melanda serata dunia, dengan 45 peratus rakyat mengakui situasi kewangan mereka sekadar cukup makan.Tinjauan...

Turkiye’ mula guna sistem pembayaran Rusia

Lima daripada bank Turki telah mula menggunakan sistem pembayaran Mir Rusia, menimbulkan kebimbangan bahawa ia boleh digunakan untuk mengurangkan sekatan ke atas pencerobohan Ukraine....

Teknik Holy Grail Dalam Forex?

Tanyalah mana-mana pemain di Wall Street (Pemegang PhD matematik dan fizik yang mencipta strategi perdagangan algoritma yang kompleks) mengapa tiada penunjuk, kaedah atau...

10 orang ahli politik paling korup di dunia sepanjang zaman

Dalam situasi di mana 'cash is king', semua orang yang berkepentingan akan menjadi amat berhati-hati dan memasang telinga mendengar dengan teliti.Di mana kuasa...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here