32.8 C
Kuala Lumpur
spot_img

GREAT BRITAIN POUND (GBP) STERLING MENGUKUH HARI INI SELEPAS PERKEMBANGAN POSITIF RUNDINGAN BREXIT TERKINI – LAPORAN PENEMUAN VAKSIN COVID-19 YANG LEBIH BAIK MEMBERI PENGUKUHAN TAMBAHAN

Date:

Share:

3rd Nov. – Kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri United Kingdom, Borris Johnson pada minggu ini berkaitan dengan rundingan terkini BREXIT memberikan keyakinan kepada pengukuhan nilai GBP. GBP pada hari ini melonjak tinggi berbanding beberapa matawang utama dunia yang lain seperti US Dollar, Yen Japan, dan Euro.

PM UK, Borris Johnson menyatakan dengan tegas akan campur tangan secara peribadi rundingan EU/UK pada minggu ini. Beliau dilaporkan akan bercakap secara terus dengan Presiden kepada European Commision, Ursula von der Leyen, yang dijangka akan berlaku pada Selasa minggu ini.

Inisiatif ini diambil oleh Borris Johnson selepas melihat situasi buntu masih menghantui rundingan BREXIT. Jika kedua-dua pihak boleh mencari kata sepakat dengan lebih pantas, pastinya ketidak tentuan geo-politik di zon eropah ini bakal selesai dan ianya pasti akan memberi keyakinan kepada para pelabur dan pedagang terhadap masa depan zon eropah.

Nilai matawang GBP meningkat 0.5% berbanding Euro, manakala meningkat 0.6% apabila disandarkan kepada US Dollar. Kaunter EUR/GBP didagangkan pada paras 0.89000 pada hari ini, berbanding 0.91000 pada minggu lalu.  Manakala bagi kaunter GBP/USD pula lonjakan mula berlaku sejak awal bulan November 2020 di mana pada permulaan bulan ini harga didagangkan pada paras 1.28500 dan hari ini meningkat ke paras 1.33860.

Selain daripada berita mengenai rundingan BREXIT ini yang masih berjalan dan buntu, berita penemuan vaksin oleh AstraZeneca dan Univerisiti Oxford juga memainkan peranan penting pengukuhan nilai GBP. Laporan yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan keputusan ujian makmal yang positif dan memberansangkan memberi kesan terhadap keyakinan global akan situasi melawan Covid-19.

Berbeza dengan vaksin yang diuji oleh Moderna dan Pfizer, vaksin ciptaan AstraZeneca dilaporkan lebih murah dan tatacara pengurusan vaksin juga lebih mudah untuk diedarkan kerana tidak perlu di simpan di dalam peti sejuk untuk tujuan pengedaran. Kerajaan UK telah menempah sebanyak 100 juta dos vaksin, jika diluluskan, akan diguna pada tahun hadapan.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here