18th Dec. – Harga emas kembali melonjak tinggi setelah jatuh agak ketara sejak bulan Ogos 2020. Harga pada bulan Ogos pernah mencecah melebihi paras harga tertinggi dalam sejarah dan didagangkan maksimum pada paras $2060.00 per auns pada ketika itu.
Walaubagaimanapun, kenaikan harga emas sejak awal tahun 2020 akhirnya terhenti dan harga kembali jatuh dengan ketara. Harga emas jatuh selama hampir empat bulan dan berada pada paras sekitar $1768.00 per auns pada penghujung November lalu. Direkodkan kejatuhan sekitar lebih $200.00 per auns dalam masa 4 bulan.
Antara punca kejatuhan harga emas antaranya dikaitkan dengan optimism pasaran akan penemuan vaksin Covid-19 oleh beberapa syarikat seperti Pfized dan BioNTech. Pelabur dan pedagang melihat potensi pasaran akan kembali pulih dan memilih untuk melabur ke pasaran yang lebih berisiko seperti saham dan forex berbanding emas yang dilihat berapa pada paras yang terlalu tinggi.
Namun, sejak awal Disember yang lalu, harga kembali meningkat. Pada 1 Disember, harga berada pada paras sekitar $1768.00 per auns dan kini memasuki 18 Disember, harga meningkat ke paras $1880.00 per auns. Pada ketika ini, program vaksinasi Covid-19 sedang berjalan di beberapa negara.
Pelabur dan pedagang pastinya mengambil sikap tunggu dan lihat terlebih dahulu keputusan program vaksinasi ini sama ada berjaya menangani pandemik Covid-19 atau bakal masalah yang lain. Jika program ini berjaya dan pandemik Covid-19 berjaya dikekang, berkemungkinan harga emas akan kembali jatuh apabila mencecah ke paras yang tertinggi sebelum.
Buat masa sekarang, harga masih dalam momentum untuk naik. Tunggu dan lihat keadaaa program vaksinasi dari masa ke semasa.