12nd Nov. – Harga emas pada hari ini dibuka sedikit positif dan stabil pada paras $1860.00 per auns setelah merekodkan kejatuhan drastik pada sesi pasaran Isnin yang lalu berikutan muncul berita mengenai penemuan vaksin Covid-19. Pada Isnin yang lalu, harga emas jatuh apabila bermula pada paras $1960.00 per aun apabila pasaran dibuka tetapi jatuh mendadak kepada $1860.00 per auns dalam masa sehari.
Dua buah syarikat bio-pharmaceutical Pfizer Inc dan BioNTech melaporkan mengenai perkembangan terkini penemuan vaksin Covid-19 yang semakin positif menyumbang kepada optimism pasaran terhadap perang melawan Covid-19 sekaligus pelabur dan pedagang mula beralih kepada pasaran yang lebih berisiko berbanding emas.
Kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semakin meningkat dan melepasi angka 52 juta kes dengan 1.28 juta kematian direkodkan. Sejak bermulanya penyebaran wabak Covid-19 ini, logam berharga iaitu emas mendapat permintaan tinggi dalam pasaran sekaligus menlonjakkan harga logam kuning tersebut ke paras tertinggi melepasi harga $2000.00 per auns.
Berbalik kepada penemuan vaksin Covid-19, laporan penemuan tersebut masih di peringkat kajian dan masih belum bersedia untuk diguna pakai dalam jangka masa terdekat dan keadaan ini akan menyumbang kepada keadaan yang masih samar sama ada perang melawan Covid-19 akan berakhir atau global masih perlu bergelut dengan wabak ini untuk satu tempoh masa lagi.
Harga berada pada paras $1850.00 – $1860.00. Harga emas bergantung kepada keadaan semasa dan sensitif kepada keadaan wabak Covid-19. Jika global masih belum menemui vaksin Covid-19 dan angka jangkitan terus meningkat sehingga mengganggu aktiviti ekonomi, pastinya logam emas akan mendapat pilihan lebih baik daripada pelabur dan pedagang.