26.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

HARGA EMAS TERPACAK!. MATAWANG EURO MENGUAT, APA YANG ANDA PERLU BUAT SETERUSNYA?.

Date:

Share:

Oleh: Ahmad Faizuddin bin Razali

Pergerakan harga emas pada ketika ini melonjak mendadak melepasi paras harga 1800$. Pada ketika ini, paras terkini emas berada pada paras 1850$ dan dijangka akan terus naik sehingga menapai paras 1900$.

Secara asasnya, peningkatan mendadak harga emas ini disumbang oleh keadaan global yang tidak menentu pada ketika ini. Sejak awal tahun 2020, harga emas melambung tinggi, bermula pada paras sekitar 1400$ pada bulan Januari 2020, meningkat tanpa henti selama hampir 7 bulan. Tiada tanda-tanda pembetulan harga akan berlaku dalam masa terdekat.

Harga emas sentiasa disandarkan kepada nilai USD, dan nilai USD pada ketika ini merosot. Beberapa matawang lain dilihat lebih menarik minat pelabur dan pedagang pada ketika ini berbanding US Dollar. Antara faktor penyumbang ialah, kes COVID-19 di US yang masih tidak menentu, polisi kewangan yang diguna pakai oleh Federal Reserve, perang dagang di antara US dan China antara faktor penyumbang kepada keadaan ini.

Bagi pasaran FOREX minggu ini, matawang EURO mengukuh sejak beberapa minggu ini. EUR/USD melonjak menghampiri 1000 pips pergerakan dan telah memecah harga tertinggi bagi tahun 2020. Secara spesifik, faktor yang mendorong pengukuhan EUR/USD pada ketika ini adalah kerana tindak balas Kesatuan Eropah dalam merencana pelan program pemulihan ekonomi mereka di mana sejumlah besar peruntukan ransangan telah diumumkan sekaligus memberi lebih keyakinan kepada pelabur.

Berbeza dengan negara United States, kegagalan mereka dari terus mengekang penularan wabak Covid-19 dilihat tidak meyakinkan pelabur, malah sikap Presiden D.Trump yang tidak dilhat serius dalam menangangi krisis Covid-19 menambah masalah apabila tindakan beliau dilihat menakutkan pelabur walaupaun rasangan ekonomi telah diumumkan. Secara sentimen, USD berada pada keadaan yang teruk pada ketika ini.

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?.

Melihat kepada keadaan ini, peluang dagangan pastinya akan muncul, cuma memerlukan strategi di mana perlu di ambil kira risiko dan peluang sedia ada. Peningkatan nilai sesuatu komoditi mahupun matawang membuka peluang belian, tetapi perlu disusuli dengan tapisan risiko terlebih dahulu kerana asas jual beli yang paling utama ialah; beli pada harga murah, jual pada harga mahal.

Analisa teknikal yang lebih terperinci diperlukan untuk membantu kita dalam membuat keputusan. Ambilkira tindak balas harga apabila mencecah sesuatu paras halangan dan kemungkinan “retracement” harga mungkin boleh berlaku secara tiba-tiba.

http://WWW.CDGGLOBLFX.COM

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here