29.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

Harga sawit mentah jatuh mendadak 30% dalam masa sebulan

Date:

Share:

Penurunan drastik harga minyak sawit mentah (MSM) hampir 30 peratus bulan ini dijangka menjejaskan perniagaan pengeluar sawit.Harga minyak sawit mentah merudum hampir 30% daripada RM6’700 setan kepada RM4’800 setan dalam tempoh kurang sebulan.

Pengeluar akan terjejas memandangkan terdapat kemungkinan peningkatan risiko kemungkiran atau kegagalan membuat pembayaran dalam kalangan pembeli yang mahu menangguhkan penghantaran minyak sawit, memandangkan mereka telah mengunci harga yang tinggi lebih awal.

Kejatuhan harga buah tandan segar (BTS) sawit dalam negara sejak kebelakangan ini tidak dinafikan antaranya berpunca daripada tindakan kerajaan Indonesia yang melaksanakan penarikan semula larangan eksport minyak sawit.

Faktor ini sudah tentu berlaku kerana harga sawit di pasaran antarabangsa banyak bergantung kepada permintaan dan penawaran apatah lagi Indonesia merupakan pengeluar sawit utama dalam dunia.

Pada 1 hingga 14 Jun lalu, harga BTS adalah RM1,400 satu metrik tan, 15 hingga 20 Jun (RM1,170) dan 21 hingga 22 Jun terus turun kepada RM1,000 satu metrik tan.Seramai 112,638 peneroka Felda seluruh negara mula resah dan ‘tidak senang’ duduk berikutan aliran harga BTS sawit jatuh sejak kebelakangan ini.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 235 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 235.Dapatkan naskah MFM edisi ke 235 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

EUR/USD: Temporary breather before a fall to key supports at 1.0557/1.0501 – Credit Suisse

EUR/USD stays seen on course to test a cluster of key supports at 1.0557/1.0501, in the view of analysts at Credit Suisse.Looking for a fall...

Tiada lagi subsidi ayam, telur selepas 30 Jun – Mat Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun disusuli pengapungan harga bermula...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here