32.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

HOTEL ISTANA KUALA LUMPUR TUTUP OPERASI

Date:

Share:

Pandemik COVID-19 yang sudah setahun lebih melanda negara sekali lagi meragut salah satu mercu tanda negara apabila Hotel Istana Kuala Lumpur terpaksa menghentikan operasinya pada 1 September ini selepas hampir 30 tahun beroperasi.

Pengurus Besarnya, Noorazzudin Omar menerusi kenyataan rasmi berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan situasi semasa COVID-19 di negara ini.

“Kami tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan penutupan ini. Situasi sekarang semakin parah akibat pandemik COVID-19 yang terus mempengaruhi industri ini dan kemampuan kami untuk beroperasi secara normal.

Hotel Istana Kuala Lumpur terpaksa menghentikan operasinya pada 1 September ini selepas hampir 30 tahun beroperasi.

“Ini telah mempengaruhi perniagaan, harga, pulangan serta penghunian kami walaupun ada usaha terbaik daripada kami. Walaupun sebagai hotel kuarantin, kami mengalami kerugian operasi bulanan,” katanya.

Tambah beliau, persaingan daripada hotel baharu dan pangsapuri perkhidmatan turut memainkan peranan kepada penutupan hotel berkenaan.

Dimiliki oleh salah satu pemilik dan pengendali hotel terbesar, Tradewinds Corp Berhad, hotel bertaraf 5 bintang serta dilengkapi 486 bilik di Jalan Raja Chulan itu telah beroperasi selama lebih kurang tiga dekad.

Selain Hotel Istana Kuala Lumpur, Hotel Mutiara Johor Bahru juga telah menghentikan operasinya dua bulan lalu akibat wabak COVID-19 yang melumpuhkan sektor pelancongan.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Harga Emas: XAU/USD menempa laluan kenaikan harga melebihi $1,960 : FED, kegawatan perbankan jadi tumpuan

Harga emas bergelut untuk membalikkan penarikan semula hari sebelumnya dari bahagian atas YTD. Tajuk berita bercampur-campur tentang krisis perbankan, perasaan berhati-hati menjelang peristiwa penting bank...

Berdagang dan menang bersama AMarkets!

Pada 6 Mac, broker dalam talian global AMarkets melancarkan cabutan raffle MusimBunga berskala besar yang menawarkan emas bernilai sehingga $16,000! Setiappelanggan syarikat boleh menyertai...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 223 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 223.Dapatkan naskah MFM edisi ke 223 ini secara percuma sahaja!. Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

ANALISA TEKNIKAL EURJPY 17 MAC 2023

EURJPY DDI TIMEFRAME H1. FORECAST: HARGA SECARA KESELURUHANNYA MASIH LAGI DALAM KEDUDUKAN DOWNTREND. HARGA KETIKA INI MASIH LAGI DALAM FASA RETRACEMENT. SAYA MASIH LAGI FOKUS...

ANALISA TEKNIKAL AUDUSD 17 MAC 2023

AUDUSD DI TIMEFRAME H1. FORECAST: HARGA KETIKA INI MASIH LAGI DALAM KEDUDUKAN DOWNTREND SECARA KESELURUHANNYA. UNTUK TREND SEMASA, HARGA MASIH LAGI DALAM KEDUDUKAN RETRACEMENT ATAU...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here