25.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

INDEKS DOW JONES MEREKODKAN PARAS TERTINGGI SEPANJANG ZAMAN APABILA MELEPASI PARAS 30,000 TERTINGGI DALAM SEJARAH

Date:

Share:

25th Nov. – Indeks pasaran utama Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan mendadak pada hari ini dengan melepasi paras tertinggi sepanjang zaman iaitu pada paras 30,000. Ini merupakan kali pertama indeks US30 itu berada pada paras lebih daripada 30,000.

Lonjakan ini juga turut berlaku kepada indeks pasaran Amerika Syarikat yang lain seperti S&P 500 dan Nasdaq 100 yang turut mencatatkan peningkatan mendadak pada pasaran minggu ini. Beberapa saham utama seperti Tesla dan Nio memainkan peranan penting membantu lonjakan indeks pasaran U.S apabila turut mencipta sejarah melonjak ke paras tertinggi sepanjang zaman.

Dow Jones Industrial Average (DJIA) melonjak sebanyak 1.5% atai 454 mata sementara S&P 500 pula meningkat sebanyak 1.6%. Saham Tesla (TSLA) mencatatkan peningkatan sebanyak 6.4% dan melepasi paras tertinggi sepanjang zaman.

Lonjakan ini berlaku kerana didorong oleh optimism pasaran terhadap penemuan demi penemuan vaksin Covid-19. Penemuan vaksin ini adalah penting bagi memberi harapan kepada pasaran ekonomi akan pulih seperti sedia kala jika pandemik Covid-19 berakhir apabila vaksin ditemui.

Dari sudut geopolitikal di U.S, pengumuman terbaru oleh Presiden U.S Joe Bidden mengenai kemungkinan lantikan terbaharu bagi mengisi kerusi Pengerusi Federal Reserve memberi keyakinan tambahan terhadap perkembangan ekonomi di sana. Janet Yellen, yang merupakan bekas pengerusi FEDS sebelum ini dijangka akan dilantik semula ke kerusi terpenting di FEDS.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia tidak lagi dalam krisis: Gabenor BNM

Ekonomi Malaysia menyerap kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) dengan baik, dan amat jelas negara ini tidak lagi berada dalam krisis, kata Gabenor Bank...

Former Sri Lanka president Gotabaya Rajapaksa turns up in Thailand after Singapore visa expires

The former Sri Lankan president Gotabaya Rajapaksa, who fled overseas to escape protests against his government, arrived in Thailand on Thursday night on a...

Penduduk Malaysia dijangka meningkat 45 Juta pada 2050,beri cabaran dalam isu sekuriti makanan

Penduduk Malaysia diunjurkan meningkat kepada lebih 45 juta menjelang 2050 sekali gus akan meningkatkan permintaan dan penggunaan terhadap makanan dan menimbulkan pelbagai cabaran termasuk...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 192 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 192.Dapatkan naskah MFM edisi ke 192 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Niaga Hadapan Gas Asli: Keuntungan tambahan dalam perancangan

Minat terbuka dalam pasaran niaga hadapan gas asli meningkat sekitar 6.1K kontrak selepas lima penurunan harian berturut-turut pada Khamis, menurut bacaan awal daripada CME...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here