27.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

INDIKATOR EKONOMI APA YANG PALING PENTING UNTUK TAHUN 2021 INI?

Date:

Share:

Keadaan pandemik Covid-19 masih berlarutan. Tiada tanda-tanda pemulihan total dalam jangka masa terdekat. Kehadiran vaksin sedikit memberi sinar, tetapi masih di peringkat awal.

Bagi tahun 2021 ini, sebagai pedagang matawang, beberapa perkara perlu kita teliti dan fokus jika ingin mengharungi 2021. Pandemik mengubah banyak perkara seperti:

  • Bagaimana perniagaan beroperasi
  • Bagaimana perdagangan antarabangsa berjalan
  • Bagaimana pasaran bertindak balas
  • Bagaimana matawang dinilai
  • Polisi kerajaan
  • Polisi kewangan

Perkara-perkara di atas pastinya akan mengalami perubahan. Oleh itu, jika cara analisa kita mungkin berkesan pada tahun sebelum Pandemik Covid-19 muncul, mungkin pada tahun 2021 ianya tidak lagi effisyen.

Makro ekonomi berubah, begitu juga indicator ekonomi juga turut akan berubah. Berikut senarai indicator ekonomi yang perlu anda beri perhatian untuk 12 bulan mendatang:

  1. Data pekerjaan (employment)

Data pekerjaan penting bagi memberi gambaran respon ekonomi terhadap pandemic, sama ada ekonomi mampu untuk hadapi situasi pandemic dan mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Jika positif, maka harapan untuk kita melihat ekonomi kembali pulih juga turut cerah.

  • Jangkaan inflasi (inflation rate)

Suntikan ransangan ekonomi oleh pelbagai negara bertujuan untuk meningkatkan inflasi. Kejayaan pakej ransangan akan dicapai sekiranya inflasi juga turut naik. Tetapi jika inflasi tidak naik, maka ekonomi masih bermasalah.

  • Jualan runcit (retail sales)

Data jualan runcit menggambarkan kuasa beli rakyat. Dalam suasana pandemic Covid-19, kuasa beli rakyat menurun, kerana pelbagai faktor seperti hilang pekerjaan, pengurangan pendapatan, takut untuk berbelanja dan halangan untuk berbelanja. Data ini penting, kerana peningkatan jualan runcit bermaksud ekonomi kembali pulih, dan sebaliknya jika data ini jatuh menjunam.

Fokus kepada tiga data ekonomi penting ini kerana ianya akan membantu anda menilai potensi ekonomi kepada sesebuah negara, sekaligus akan memberi impak kepada nilai matawang negara tersebut.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here