24.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

Inflasi Malaysia meningkat ke paras baru 2.8%

Date:

Share:

Indeks Harga Pengguna Mei 2022 meningkat 2.8 peratus kepada 126.6 berbanding 123.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan kenaikan ini melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga Mei 2022 iaitu 1.9 peratus.

Inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011.Ia apabila 93 peratus item dalam kumpulan tersebut merekodkan kenaikan.

“Daripada 93.0 peratus item yang meningkat dalam kumpulan Makanan, 29.4 peratus meningkat dalam julat kurang daripada 5 peratus, 37.7 peratus meningkat antara 5 hingga 10 peratus manakala 32.9 peratus meningkat lebih daripada 10 peratus.

“Kos makanan yang meningkat ditambah dengan peningkatan permintaan antara punca kenaikan harga ayam pada kali ini.

“Ayam yang merupakan komponen terbesar dalam subkumpulan Daging (46.1%) meningkat sebanyak 13.4 peratus berbanding 7.5 peratus pada April 2022.

“Purata harga ayam pada Mei 2022 adalah RM9.70 sekilogram berbanding RM8.44 pada Mei 2021,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Lonjakan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini pula berpunca terutamanya daripada peningkatan harga baja, kos logistik, kekurangan tenaga buruh dan kedaan cuaca.

Makanan di rumah dan Makanan di luar rumah masing-masing meningkat ketara sebanyak 5.5 peratus (April 2022: 4.1%) dan 5.1 peratus (April 2022: 4.4%), mendorong kepada kenaikan inflasi makanan.

Subkumpulan Daging mencatatkan peningkatan tertinggi 9.5 peratus pada Mei 2022 (April 2022: 6.2%) disebabkan oleh permintaan tinggi pada musim perayaan.

Ini diikuti oleh kenaikan Sayur-sayuran (8.1%); Susu, keju & telur (8.0%); Ikan & makanan laut (4.3%) dan Minyak & lemak (3.7%).

Sementara itu, kenaikan ketara bagi Makanan di luar rumah dapat dilihat bagi Nasi berlauk (8.3%), Roti canai (7.8%), Makanan berasaskan mee (5.7%) dan Masakan ayam (5.1%).

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

UK Hunt: Best tax cut right now is a cut in inflation

The UK Chancellor of the Exchequer Jeremy Hunt said on Friday that the “best tax cut right now is a cut in inflation.”Additional commentsUnderstands...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 216 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 216.Dapatkan naskah MFM edisi ke 216 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

GBP/USD bergelut pada 1.2400 dan jatuh ke arah 1.2360 berdasarkan data AS, jualan runcit UK yang suram

GBP/USD mengurangkan beberapa kenaikan pada hari Rabu selepas melangkah di atas 1.2400,Data ekonomi Amerika Syarikat menyokong Dolar AS, satu halangan untuk Pound Sterling.Jualan Runcit...

US: Growth likely will be weak in Q1-2023 – Well Fargo

Data released on Thursday showed the US economy grew at a 2.9% annualized rate during the fourth quarter, above the 2.6% of market consensus....

Tindakan Meta membenarkan Donald Trump kembali di Facebook, mencetuskan gelombang kritikan

Meta akan memulihkan akses Donald Trump ke akaun Facebook dan Instagramnya "dalam minggu-minggu akan datang" tetapi "dengan pagar baru dipasang" untuk mengelakkan bahaya dunia...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here