25.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

Inflasi Malaysia terkawal – MOF

Date:

Share:

Aktiviti dalam pasaran mata wang ringgit kekal teguh dengan purata dagangan tukaran asing dalam pesisir harian setakat ini ialah AS$12.6 bilion berbanding AS$11.3 bilion pada 2021, iaitu purata turun naik 3.9 peratus (purata 2021: 4.6 peratus). 

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, nilai ringgit yang fleksibel akan terus memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia dengan memudahkan pelarasan sektor luaran yang bersesuaian dan melindungi ekonomi domestik daripada kejutan global yang memberi kesan negatif.

“Kedudukan luaran Malaysia yang kukuh, termasuk lebihan akaun semasa yang baik dan kedudukan pemiutang luaran bersih telah meningkatkan keupayaan negara dengan ketara untuk bertahan daripada ketidaktentuan dan kejutan luaran tersebut. 

“Tambahan pula, asas-asas Malaysia kekal teguh seperti ditunjukkan oleh pertumbuhan dan daya saing eksport yang konsisten, rizab antarabangsa mencukupi serta trajektori inflasi rendah berbanding negara di rantau ini. Kesemua ini dijangka dapat terus menampan penurunan ringgit,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan tersebut, oleh kerana Malaysia mempunyai sebuah ekonomi terbuka dengan kadar pertukaran mata wang yang ditentukan pasaran, pergerakan turun naik nilai ringgit dipengaruhi oleh kedua-dua faktor global dan domestik. 

“Antara faktor tersebut adalah perubahan dalam sentimen pelabur, landasan pemulihan pandemik dan dasar normalisasi dalam kalangan negara ekonomi maju. Penyusutan nilai ringgit secara umumnya turut mengikuti jejak penyusutan mata wang utama dan serantau. 

“Prospek mengetatkan dasar monetari secara lebih agresif oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) dengan kenaikan kadar 50 mata asas dijangka dilaksanakan pada Mei serta kelemahan keseluruhan mata wang di rantau ini merupakan sebahagian faktor turut mempengaruhi pergerakan nilai ringgit baru-baru ini,” ujarnya.

Perkara ini dapat dilihat menerusi kejatuhan mata wang Yuan yang mempunyai hubung kait positif dengan ringgit kerana China merupakan salah satu daripada rakan dagang utama Malaysia. 

Tambahan pula, ringgit seperti mata wang asing Asia yang lain turut dipengaruhi oleh pengurangan kecairan global oleh Fed AS.

Mengulas lanjut, kenyataan itu menyebut, bagi Malaysia, dasar kawalan harga yang dikenakan oleh kerajaan serta subsidi diperuntukkan untuk petroleum RON95 dan pelbagai barangan makanan akan melindungi rakyat daripada sebarang implikasi tekanan inflasi.

“Kadar inflasi Malaysia pada tahun ini dijangka berada antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus (2021: 2.5 peratus) iaitu lebih rendah berbanding negara lain dalam ASEAN. Jangkaan ini juga sejajar dengan unjuran oleh IMF. (Malaysia 3.0 peratus jangkaan inflasi 2022). 

“Ia disokong oleh pengumuman Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) baru-baru ini mengenai kadar inflasi bagi bulan Mac 2022 kekal pada kadar sama dengan bulan Februari iaitu 2.2 peratus,” jelasnya. 

Melangkah ke hadapan, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau kedua-dua risiko kewangan dan bukan kewangan terhadap ekonomi negara. 

“Ini termasuk ketegangan geopolitik baru-baru ini dan bagaimana ia akan menjejaskan rantaian bekalan global yang mungkin memberi tekanan inflasi lebih tinggi serta meningkatkan ketidaktentuan dalam pasaran pertukaran asing serta pasaran kewangan di Malaysia. 

“BNM akan terus mengukuhkan kelancaran operasi pasaran pertukaran asing tempatan dengan sentiasa memastikan kecairan yang mencukupi serta memastikan perniagaan-perniagaan boleh merancang dan menjalankan aktiviti perdagangan dan transaksi pelaburan dengan lebih yakin,” ujarnya. – UTUSAN

Kenyataan penuh Kementerian Kewangan di SINI

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

ID Digital Malaysia Kini Diperkenalkan

Mungkin ada rakyat Malaysia akhir-akhir ini berasa gelisah dengan pelaksanaan Program ID Digital Nasional (IDN) yang bakal bermula pada 2024.Segelintir pengguna media sosial mendidakwa...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 260 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 259. Dapatkan naskah MFM edisi ke 259 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Ringgit dijangka mengukuh pada 2024 – Rafizi

Ringgit dijangka akan mengukuh menjelang 2024 atas beberapa faktor termasuk disiplin fiskal kerajaan dan pertumbuhan ekonomi global yang lebih baik.Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 259 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 259. Dapatkan naskah MFM edisi ke 259 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Broker Justmarkets Refund Deposit Trader

Insiden berlaku pada pagi Isnin, 13 November 2023, di mana seorang trader melaporkan kerugian besar akibat daripada gangguan pada carta Justmarkets. Ketika kejadian, individu...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here