25.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

JAWAPAN KENAPA EMAS SENTIASA BERNILAI SEJAK RIBUAN TAHUN DAHULU

Date:

Share:

Manusia sangat menghargai emas, dan ianya bermula sejak pertama kali ditemui sehingga ke hari ini. Jika difikirkan, pelik bukan. Apa ada pada emas sehingga ianya dianggap bernilai dan kekal bernilai ribuan tahun?.

Emas telah digunakan sebagai barang perhiasan, dan juga matawang sejak dahulu lagi. Jom baca kisah emas yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini.

EMAS PERTAMA DI DUNIA

Menurut ahli sejarah, emas dijumpai di Mesir Purba sekitar 4000 tahun sebelum masihi oleh sekumpulan kanak-kanak yang bermain di sungai. Sifat fizikalnya yang berwarna kuning terang menarik minat masyarakat ketika itu dan diberi nama “nugget kuning”. Ianya dijumpai di antara Sungai Nil dan Laut Merah.

Sejak daripada itu, emas telah dilombong dan diguna pakai secara meluas sebagai barang perhiasan dan juga matawang. Dianggarkan aktiviti melombong emas telah berlaku sejak 6000 tahun dan sebanyak 132,000 tan emas telah dikeluarkan dari perut bumi.

EMAS DARI SUDUT KAJIAN KIMIA

Dari sudut kajian kimia, terdapat 118 elemen di dunia yang dijumpai setakat ini. Emas adalah elemen yang paling “tidak menarik”dari sudut kimia. Apa yang tidak menariknya?. Emas tidak bertindak balas dengan elemen yang lain, atau istilah saintifiknya adalah “inert” = lengai. Boleh dikatakan, emas adalah stabil berbanding elemen lain yang lebih bersifat reaktif.

Ambil contoh, elemen logam alkaline seperti sodium dan potassium, dengan hanya satu titik air terkena kepada logam tersebut, popppppppp letupan kecil berlaku. Adakah anda rasa elemen seperti itu sesuai dijadikan barang perhiasan seperti barang kemas. Silap haribulan, hujan datang melecur dada anda.

Elemen yang lain ada yang bersifat beracun, mudah karat, terlalu mudah lentur dan terlalu sukar ditemui, menjadikan ianya tidak menarik minat manusia untuk memilikinya sebagai perhiasan mahupun diguna sebagai matawang. Besi pernah dijadikan sebagai syiling matawang dahulu, tetapi ianya tidak kekal lama kerana sifatnya berkarat.

Selain daripada itu, antara faktor lain kenapa emas logam yang sangat bernilai adalah kerana ianya tidak banyak, terhad, susah untuk dijumpai menjadikan ianya rebutan. Fahamkan satu perkara, masih ada logam lain yang lagi sukar untuk ditemui, dan jarang ditemui, dinamakan sebagai Rare Earth Element. Tetapi kalau terlalu sukar untuk ditemui, ianya juga sukar untuk dimiliki oleh masyarakat umum bukan. Susah untuk dijadikan matawang.

Hanya dua elemen yang memenuhi “syarat” yang paling sesuai dijadikan matawang, atau elemen yang sangat disukai oleh manusia: Perak (silver) dan Emas (gold). Oleh sebab itulah kedua-dua logam ini menjadi aset penting manusia sejak ianya ditemua ribuan tahun dahulu lagi.

Dan persoalan terakhir, kenapa emas lebih bernilai daripada perak?. Rupa paras yang berkilat, berwarna terang dan cantik di mata manusia adalah jawapannya.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

UK Hunt: Best tax cut right now is a cut in inflation

The UK Chancellor of the Exchequer Jeremy Hunt said on Friday that the “best tax cut right now is a cut in inflation.”Additional commentsUnderstands...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 216 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 216.Dapatkan naskah MFM edisi ke 216 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

GBP/USD bergelut pada 1.2400 dan jatuh ke arah 1.2360 berdasarkan data AS, jualan runcit UK yang suram

GBP/USD mengurangkan beberapa kenaikan pada hari Rabu selepas melangkah di atas 1.2400,Data ekonomi Amerika Syarikat menyokong Dolar AS, satu halangan untuk Pound Sterling.Jualan Runcit...

US: Growth likely will be weak in Q1-2023 – Well Fargo

Data released on Thursday showed the US economy grew at a 2.9% annualized rate during the fourth quarter, above the 2.6% of market consensus....

Tindakan Meta membenarkan Donald Trump kembali di Facebook, mencetuskan gelombang kritikan

Meta akan memulihkan akses Donald Trump ke akaun Facebook dan Instagramnya "dalam minggu-minggu akan datang" tetapi "dengan pagar baru dipasang" untuk mengelakkan bahaya dunia...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here