27.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

JOE BIDEN MEMENANGI PILIHAN RAYA PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT 2020, APA AKAN BERLAKU KEPADA US DOLLAR?.

Date:

Share:

9th Nov. – Minggu lalu, pasaran tertumpu kepada situasi di Amerika Syarikat di mana berlangsung pilihan raya Presiden bagi tahun 2020. Persaingan di antara penyandang jawatan tersebut, Donald Trump mewakili Parti Republikan yang dicabar oleh bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dari Parti Demokrat.

Pada hari Sabtu yang lalu, keputusan muktamad diumumkan, Joe Biden memenangi pilihan raya ini dengan berjaya melepasi had minima undi majoriti iaitu 270 untuk mengalahkan pencabar beliau, Donald Trump.

Joe Biden dan Kamala Harris

https://www.theedgemarkets.com/article/joe-biden-wins-us-presidency-after-bitter-contest-trump

APA YANG BERLAKU KEPADA US DOLLAR

Jika dilihat kepada beberapa pair utama yang melibatkan US Dollar, US Dollar merekodkan kejatuhan berbanding matawang utama lain seperti Great Britain Pound Sterling, Euro, Japanese Yen, dan Canada Dollar.

Adakah kejatuhan ini kerana Joe Biden memenangi pilihan raya, tidak Donal Trump?. Untuk menjawab persoalan ini, kejatuhan ini adalah kerana pasaran melihat US Dollar adalah matawang yang berisiko pada ketika ini. Pilihan raya yang berlangsung adala untuk memilih Presiden yang baru, bermaksud, berkemungkinan corak pentadbiran serta polisi kewangan juga berpotensi berubah sekiranya berlaku perubahan tampuk pemerintahan di White House.

Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell

https://www.thejakartapost.com/news/2020/11/06/fed-keeps-policy-steady-as-biden-inches-closer-to-victory.html

Oleh kerana faktor ini lah semasa dan selepas pilihan raya berlaku, nilai US Dollar dilihat sedikit jatuh.

Selain daripada itu, faktor polisi kewangan serta situasi ekonomi di Amerika Syarikat juga dilihat tidak menyokong kepada pengukuhan US Dollar. Federal Reserve sebagai badan yang mengawal selia ekonomi Amerika Syarikat memilih untuk ke arah polisi kewangan yang lemah pada tahun ini melalui beberapa siri pemotongan kadar faedah.

Situasi Covid-19 di sana juga turut memberi kesan kepada nilai US Dollar. Amerika Syarikat merupakan negara yang paling teruk terjejas oleh penularan wabak Covid-19, dan keadaan ini pastinya tidak digemari oleh pelabur dan pedagang menyebabkan kebanyakan mereka akan lebih memilih matawang yang kurang berisiko.

EURUSD meningkat naik sejak awal tahun 2020 selari dengan keputusan yang di ambil oleh FEDS pada tahun ini

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here