25.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

JPA tubuh jawatankuasa kaji sistem kerja 4 hari seminggu

Date:

Share:

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan pasukan mengkaji sistem bekerja empat hari seminggu di negara ini.

Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, berkata kajian itu antara lain akan melihat bidang mana dalam perkhidmatan awam yang bersesuaian untuk pelaksanaan tempoh masa kerja berkenaan serta jumlah waktu bekerja dalam sehari.

Katanya, kajian akan turut melihat aspek pulangan pelaburan, sama ada tempoh waktu bekerja itu relevan untuk dilaksanakan atau tidak.

“Kita sedang buat kajian dan perlu melihat jumlah waktu bekerja, kalau dulu kerja Sabtu, sekarang bagi cuti. Seperti di Eropah, dulu ada dilaksanakan, namun tengok bidang. Ada tuntutan pelbagai pihak untuk kerajaan kaji semula dan kita menubuhkan pasukan bagi tujuan itu.

“Kita ada kadar kerja yang perlu dilihat dan kadar pulangan pelaburan. Tempoh kajian sekejap sahaja, kita minta bahagian dasar turut melihat perkara ini sebelum kenyataan dikeluarkan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Modul Integriti Penguatkuasa (MIP) anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini hari ini, beliau berkata, waktu bekerja empat hari seminggu antara lain memerlukan pekerja pengganti kerana mereka tertakluk kepada jumlah maksimum dan minimum bekerja.

Bagaimanapun, Mohd Shafiq menjelaskan, perubahan tempoh waktu bekerja dalam seminggu tidak memerlukan sebarang pindaan akta sedia ada, namun ia harus berpandukan kepada garis panduan.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah IIM, berkata kerajaan sentiasa ingin memudahkan bidang tugas perkhidmatan awam, namun mereka masih tertakluk kepada keperluan memberi maklum balas terhadap rakyat berdasarkan keanjalan masa bekerja yang diamalkan selama ini.

“Hospital dan klinik, (kakitangan) kena kerja, tak boleh tutup awal kerana di Malaysia, kesihatan adalah di bawah perkhidmatan awam, ada di negara luar, ia (kesihatan) tidak masuk (perkhidmatan awam). Begitu juga dalam aspek pendidikan, kita tidak boleh juga buka sekolah terlalu awal, jam 6 pagi contohnya.

“Jadi semua itu perlu dikaji dan kita perbaiki keadaan tertentu seperti pelaksanaan sistem bekerja dari rumah ketika pandemik COVID-19 sebelum ini,” katanya.

Pada 21 Jun lalu, media melaporkan sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu. Ia hasil tinjauan oleh Qualtrics, syarikat berpengalaman mengendalikan tinjauan secara dalam talian.

Menurut Qualtrics, pekerja bersikap terbuka terhadap minggu bekerja empat hari seminggu dengan dua pemacu utama kejayaan bagi cara bekerja baharu ialah mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan serta memastikan pekerja berjaya dalam persekitaran fizikal dan jauh.

Ketika ini, Seksyen 60A Akta Kerja 1955 memperuntukkan majikan tidak boleh memaksa pekerja bekerja lebih 12 jam sehari, termasuk kerja lebih masa atau melebihi 10 jam secara berterusan, serta tidak melebihi 48 jam seminggu (dikurangkan kepada 45 jam berkuat kuasa 1 September depan).

Bagi penjawat awam, Perintah Am Bab G 1974 memperuntukkan waktu bekerja penuh adalah dari 8 pagi hingga 4 petang (tidak termasuk satu jam 15 minit rehat) dan tidak boleh melebihi 12 jam sehari, manakala perubahan waktu bekerja perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Antara negara yang sudah mula melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu adalah Belgium, Iceland, Scotland, Sepanyol, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). – BHNEWS

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here