26.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

Kadar Faedah Pinjaman dijangka naik lagi mulai 6 Julai

Date:

Share:

Peminjam dijangka terus berdepan kenaikan kadar faedah yang selanjutnya selepas dua tahun menikmati kadar faedah rendah dalam sejarah berikutan Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan besar menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas lagi separuh kedua tahun ini.

Para penganalisis menjangkakan, kenaikan OPR yang menjadi kadar penanda aras bagi pinjaman tidak dapat dielakkan lagi bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mapan dalam persekitaran harga yang stabil.

Penganalisis menjangkakan BNM akan menaikkan OPR sekurang-kurangnya 25 mata asas pada 6 Julai ini bagi mengekang tekanan meningkat inflasi, membendung pengaliran keluar dana, menyokong ringgit serta memastikan pemulihan ekonomi berterusan.

Pada Mei lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada mesyuaratnya memutuskan untuk menaikkan OPR 25 mata asas kepada 2 peratus berbanding 1.75 peratus sejak Julai 2020.

BNM melaksanakan dasar monetari mengikut kesesuaian ekonomi negara dengan kenaikan OPR pada Mei lalu banyak dikaitkan momentum pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada kadar 5 peratus.

Kadar OPR 1.75 peratus, kadar terendah dalam sejarah itu sudah lagi tidak sesuai memandangkan kadar faedah yang terlalu rendah bagi tempoh lama sedangkan ekonomi mula pulih boleh memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

Kadar faedah rendah tidak menggalakkan tabungan dan ia boleh memberi insentif bagi peniaga untuk mengambil risiko lebih tinggi demi mencari pulangan yang lebih tinggi.Secara umumnya, pihak BNM mentadbir dasar monetari mengikut acuan negara kita sendiri.

Kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) banyak memberi kesan kepada sentimen pasaran kewangan global, terutama pasaran bon dan ekuiti memandangkan kenaikan kadar faedah di ekonomi terbesar dunia itu dikaitkan impak kepada momentum pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.

Kenaikan kadar faedah AS yang sering dilihat sebagai ‘trend setter’ global itu akan memberi gambaran kepada bank pusat lain untuk turut mengamalkan dasar monetari yang sama.BH

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

BOJ offers to purchase JGBs on Wednesday

The Bank of Japan (BOJ) announced on Wednesday that it offers to purchase Japanese Government Bonds (JGB) across various maturities.Key detailsBOJ offers to purchase 150bln...

UN accuses richest countries of ‘imprudent gamble’ in inflation fight

The interest rate rises and austerity the world’s richest nations are using to fight sky-high inflation risk a painful global recession that would hurt...

USD/CAD tergelincir di bawah paras 1.3600 di tengah-tengah kenaikan harga minyak, kelemahan USD yang sederhana

Gabungan faktor mengheret USD/CAD ke paras terendah selama seminggu pada hari Selasa.Harga minyak menaik menyokong loonie dan memberikan tekanan di tengah-tengah USD yang lebih...

Analisa Teknikal NzdUsd 03 Oktober 2022

NzdUsd di Timeframe Daiky (D1).Forecast: Harga Secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Harga juga ketika ini masih lagi berada dibawah Resistance semasa menandakan...

EUR/USD akan kekal terpaku pada separuh bawah julat 0.95-1.02 September – SocGen

Ekonomi AS menentukan prospek EUR/USD. Oleh itu, EUR/USD tidak mungkin berlumba lebih tinggi kerana ekonomi Amerika terus mengatasi zon euro, Kit Juckes, Ketua Pakar...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here