Penerapan kadar gaji minimum yang lebih tinggi, iaitu pada paras RM1,700, bersama pelarasan naik gaji penjawat awam dan pelaksanaan subsidi RON95 yang bakal dilaksanakan dalam pasaran Malaysia kelak, berpotensi untuk meningkatkan paras inflasi negara kepada 2.7% menjelang tahun 2025.
Menurut tinjauan oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB), faktor ini turut disokong oleh pelan perluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas beberapa produk dan perkhidmatan premium. Ini bermakna, barang-barang tertentu yang dahulunya tidak dikenakan cukai, kini bakal menyaksikan kenaikan harga apabila SST diperluaskan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi admin
Selain daripada itu, usul pengenaan tarif dan dasar imigresen yang sedang diteliti oleh Amerika Syarikat (AS) juga dilihat berupaya meningkatkan lagi tekanan harga di peringkat global. Dengan Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka, sebarang perubahan dasar di peringkat antarabangsa akan memberi kesan langsung kepada harga barangan dan perkhidmatan dalam negara.
Buat masa ini, paras inflasi di Malaysia masih stabil, berada pada kadar antara 1.9% hingga 2.0%, yang lebih rendah berbanding beberapa negara serantau lain. Namun begitu, tekanan terhadap kos makanan terus dirasai oleh seluruh negeri di Malaysia, meskipun paras inflasi keseluruhan masih dalam kawalan.