26.1 C
Kuala Lumpur
spot_img

Kadar inflasi Malaysia meningkat 4.7%

Date:

Share:

Kadar inflasi Malaysia pada bulan Ogos meningkat kepada 4.7 peratus berbanding 4.4 peratus pada Julai, berikutan fenomena global yang turut dialami oleh kebanyakan negara disebabkan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pada bulan lalu, kumpulan makanan & minuman bukan alkohol meningkat sebanyak 7.2 peratus.

Kenaikan ini, katanya didorong oleh komponen makanan di luar rumah yang meningkat sebanyak 8.4 peratus manakala makanan di rumah meningkat sebanyak 6.4 peratus.

“Bagaimanapun, masih terdapat beberapa barangan makanan yang mencatatkan penurunan harga berbanding bulan Julai 2022 seperti ayam (-3.8 peratus), ikan siakap (-2.4 peratus) dan sayur-sayuran seperti timun (-4.6 peratus), kacang buncis (-3.6 peratus) dan kubis bulat (-2.6 peratus),” katanya dalam satu kenyataan.

Mustapa berkata, kadar inflasi Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia.

Beliau menambah, inflasi pada bulan Ogos 2022 di zon Euro adalah sebanyak 9.1 peratus, Amerika Syarikat (8.3 peratus), Thailand (7.9 peratus), Filipina (6.3 peratus) dan Korea Selatan (5.7 peratus).

“Kadar inflasi yang lebih rendah di Malaysia adalah hasil daripada langkah kerajaan Keluarga Malaysia untuk menyediakan subsidi yang terbesar dalam sejarah negara,” katanya.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kadar inflasi negara meningkat 3.1 peratus, masih selari dengan jangkaan pasaran untuk kadar inflasi sebanyak 3.2 peratus bagi 2022.

Ini didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, harga komoditi yang masih berada pada tahap yang tinggi dan gangguan dalam rantaian bekalan global.

Mustapa berkata, kerajaan melalui Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi telah mengambil

langkah dan inisiatif untuk membendung inflasi serta memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata, antara langkah yang terkini diambil termasuklah meneruskan kawalan harga ayam dan telur ayam serta pemberian subsidi penternakan yang dianggar sebanyak RM1.1 bilion dan meneruskan kawalan harga minyak masak sawit tulen kemasan botol satu, dua, tiga dan lima kilogram secara harga siling bergerak berdasarkan harga minyak sawit mentah dunia.

Kerajaan juga, katanya meneruskan kawalan harga bagi komoditi seperti beras dan gula putih bertapis walaupun harga komoditi itu serta harga gas asli adalah antara faktor kos utama dalam input pengeluaran meningkat.

“Meneruskan pemberian subsidi bahan api dan tenaga kepada produk petroleum iaitu RON95, diesel dan gas cecair asli dengan jumlah subsidi lebih RM31 bilion. Kerajaan turut memberi subsidi tarif elektrik sebanyak RM5.8 bilion bagi mengawal kenaikan tarif elektrik walaupun harga bahan api dan gas dunia meningkat.

“Meneruskan subsidi minyak masak paket satu kilogram pada kadar RM2.50 berbanding harga sebenar satu kilogram sebanyak RM7 hingga RM9 serta memperluaskan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) kepada semua Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sebanyak 512 DUN atau 80.1 peratus daripada 639 DUN telah bermula PJMKM sejak pertengahan Ogos 2022. Keluarga Malaysia boleh mendapatkan barangan sehingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran setempat. Harga yang murah ini adalah manfaat secara langsung subsidi harga membabitkan peruntukan RM100 juta,” katanya.

Di samping itu, Mustapa berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada memperkukuhkan sekuriti makanan negara.

“Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan melaksanakan kajian untuk mengenal pasti langkah-langkah ‘quick wins’ dalam menangani isu dan cabaran sekuriti makanan negara.

“Kajian ini dijangka akan selesai dalam masa tiga bulan,” katanya – BH

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Penggubal Undang-undang AS Mendesak Larangan TikTok Seluruh Negara

Republikan di Dewan dan Senat telah memperkenalkan undang-undang yang bertujuan untuk mengharamkan TikTok pada semua peranti di Amerika Syarikat dan melarang transaksi dengan syarikat...

Pelosi sells Google stocks right before DOJ announces antitrust lawsuit

Former House Speaker Nancy Pelosi, once again, was caught insider trading after it emerged that the 82-year-old politician sold 30,000 shares of Alphabet for...

UK Hunt: Best tax cut right now is a cut in inflation

The UK Chancellor of the Exchequer Jeremy Hunt said on Friday that the “best tax cut right now is a cut in inflation.”Additional commentsUnderstands...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 216 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 216.Dapatkan naskah MFM edisi ke 216 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

GBP/USD bergelut pada 1.2400 dan jatuh ke arah 1.2360 berdasarkan data AS, jualan runcit UK yang suram

GBP/USD mengurangkan beberapa kenaikan pada hari Rabu selepas melangkah di atas 1.2400,Data ekonomi Amerika Syarikat menyokong Dolar AS, satu halangan untuk Pound Sterling.Jualan Runcit...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here