24.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

KADAR KEMISKINAN NAIK KEPADA 8.4% PADA TAHUN 2020,JURANG PERBEZAAN MELEBAR

Date:

Share:

Kadar kemiskinan di Sabah meningkat melebihi 25%

Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini memberi gambaran awal mengenai impak Covid-19 terhadap isi rumah di Malaysia.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kadar kemiskinan telah meningkat dari 5.6% kepada 8.4% pada tahun 2020 dengan kira-kira 640,000 isi rumah berada di dalam kemiskinan. Laporan turut menunjukkan bahawa 78,000 isi rumah berada di dalam kemiskinan tegar iaitu mereka yang meraih pendapatan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan untuk makanan.

Seluruh lapisan masyarakat terkesan akibat bencana kesihatan dan ekonomi ini dimana purata pendapatan isi rumah jatuh sebanyak 10.3% kepada RM7,089. Manakala pendapatan penengah isi rumah pula susut 11.3% kepada RM5,209 sebulan. Pendapatan yang diraih isi rumah penengah ini adalah lebih rendah berbanding pendapatan yang diperoleh pada tahun 2016.

Pekali Gini yang mengukur jurang ketidaksamaan pendapatan dalam kalangan isi rumah di Malaysia juga menunjukkan peningkatan. Pekali Gini telah meningkat dari 0.407 pada tahun 2019 kepada 0.411 pada tahun 2020.

Jurang perbezaan semakin melebar

Kesannya dapat dilihat melalui agihan pendapatan dalam kalangan kumpulan T20 dimana agihan pendapatan mereka meningkat dari 46.8% kepada 47.2%. Manakala kek pendapatan yang diperoleh kumpulan M40 dan B40 semakin mengecil dari 53.2% kepada 52.8%.

Perkembangan ini bukan bermaksud golongan T20 semakin kaya berbanding sebelum wabak Covid-19 ini tular tetapi bermakna bahawa golongan B40 dan M40 lebih terkesan berbanding golongan-golongan berada.

Inisiatif kerajaan di dalam usaha membantu meringankan tekanan rakyat ketika wabak Covid-19 menular dapat dilihat melalui perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ini. Pendapatan isi rumah melalui pindahan tunai telah meningkat 14.4% kepada RM737 sekaligus menunjukkan bahawa kesan yang dialami oleh isi rumah adalah lebih teruk jika bantuan kerajaan tidak diambil kira.

Penyelidik ekonomi, Dr Madeline Berma dari Universiti Kebangsaan Malaysia ketika ditemubual Ekonomi Rakyat menyatakan bahawa mereka yang berada di sektor formal terutamanya dari sektor pelancongan dan peruncintan antara yang paling terkesan akibat krisis kesihatan ini.

Pendapatan isi rumah menurun pada tahun 2020

Beliau juga menyuarakan kebimbangan terhadap golongan rentan tidak dapat dibanci oleh penyelidik.

” Sebenarnya, ramai juga yang tidak ditangkap oleh perangkaan. Maksudnya, masa jabatan statistik pergi mengutip data tersebut, ada individu yang terlepas. Saya tidak membayangkan mereka sempat mencari orang Penan dekat Sarawak dimana mereka terpaksa berjalan tujuh hari tujuh malam “

Beliau sempat menyentuh keadaan di Sabah, Kelantan dan Sarawak dimana situasi isi rumah yang terjejas dengan begitu teruk sekali. Kadar kemiskinan di Sabah umpamanya telah meningkat sehingga 25% manakala di Kelantan pula setinggi 21%.

” Memang saban tahun, almost the same story. Trend yang sama wujud. Negeri tiga ini akan berlumba iaitu Sabah, will always lead menjadi negeri yang termiskin. Nombor dua Kelantan dan akan diikuti oleh Sarawak. “

Beliau berharap agar terdapat usaha untuk menyelesaikan masalah struktur ini agar perkara yang tidak sama tidak terus berulang

” Dari zaman sebelum Covid, dan zaman semasa Covid dan besar kemungkinan jika tidak ada usaha dilakukan untuk menyelesaikan masalah struktur ini. Maka, sampai ke sudahlah kita akan melihat tiga negeri ini akan menjuarai kedudukan yang paling teratas dari segi kemiskinan. Maknanya, benda ini bukan benda baru. Cuma angkanya ( sekarang ) meningkat. “

Dr Madeline juga mempersoalkan bagaimana kemiskinan di Sarawak berada di paras begitu tinggi sedangkan negeri tersebut merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber. Data terbaru menunjukkan KDNK per kapita di Sarawak adalah setinggi RM48,600 iaitu lebih tinggi berbanding KDNK per kapita di Malaysia ( RM43,400 ).

Namun demikian, kadar kemiskinan di Sarawak jauh lebih tinggi berbanding kadar kemiskinan di peringkat kebangsaan iaitu pada paras 12.9%

” Tengok negeri Sarawak. Antara negeri yang terkaya. Negeri yang kaya dengan sumber. Negeri yang terbesar di Malaysia. Kenapa perkara ini berlaku? Jadi persoalan ini kita perlu jawab. Kenapa negeri yang kaya tetapi kadar kemiskinannya tinggi “

Dr Madeline Berma yang ditemubual secara atas talian turut berpendapat bahawa ketidaksamaan di Malaysia dijangka akan terus melebar pasca-Covid-19. – EKONOMI RAKYAT

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

UK Hunt: Best tax cut right now is a cut in inflation

The UK Chancellor of the Exchequer Jeremy Hunt said on Friday that the “best tax cut right now is a cut in inflation.”Additional commentsUnderstands...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 216 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 216.Dapatkan naskah MFM edisi ke 216 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

GBP/USD bergelut pada 1.2400 dan jatuh ke arah 1.2360 berdasarkan data AS, jualan runcit UK yang suram

GBP/USD mengurangkan beberapa kenaikan pada hari Rabu selepas melangkah di atas 1.2400,Data ekonomi Amerika Syarikat menyokong Dolar AS, satu halangan untuk Pound Sterling.Jualan Runcit...

US: Growth likely will be weak in Q1-2023 – Well Fargo

Data released on Thursday showed the US economy grew at a 2.9% annualized rate during the fourth quarter, above the 2.6% of market consensus....

Tindakan Meta membenarkan Donald Trump kembali di Facebook, mencetuskan gelombang kritikan

Meta akan memulihkan akses Donald Trump ke akaun Facebook dan Instagramnya "dalam minggu-minggu akan datang" tetapi "dengan pagar baru dipasang" untuk mengelakkan bahaya dunia...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here