25.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

Kegawatan ekonomi Lubnan menyebabkan orang ramai merompak bank untuk wang mereka sendiri

Date:

Share:

Bank-bank di Lubnan akan ditutup selama tiga hari minggu depan selepas beberapa serbuan dilakukan oleh pelanggan yang menuntut akses kepada simpanan mereka yang dibekukan .

Seorang wanita bersenjatakan pistol mainan telah ditahan di sebuah bank pada hari Rabu selepas merompak bank bagi mengambil wang miliknya sendiri untuk membayar bil perubatan keluarga.

Beberapa serbuan oleh peniru (copy cat) di seluruh negara telah diikuti, dengan laporan sekurang-kurangnya lima kejadian pada hari Jumaat.

Pasukan keselamatan telah dikerahkan ke sebuah bank di ibu kota Beirut ketika orang ramai berkumpul semasa satu percubaan sedemikian.

Saksi memberitahu AFP bahawa seorang pemilik kedai yang bergelut untuk membayar hutang telah menyerbu bank juga menuntut akses kepada simpanannya, tetapi dianggap tidak bersenjata.

Dia dikurung di dalam bank bersama pegawai polis, kata mereka.

Lubnan berada dalam krisis ekonomi yang teruk, dengan lebih daripada 80% penduduk bergelut untuk membeli makanan dan ubat-ubatan.

Bank telah mengehadkan pengeluaran dolar sejak 2019, apabila nilai paun Lubnan menjunam dan inflasi melonjak.

Seorang wanita menjadikan kakitangan bank sebagai tebusan di sebuah bank di Beirut pada hari Rabu, berkata dia perlu mengeluarkan wang simpanan untuk membayar rawatan kanser kakaknya.

Diaberlalu pergi dengan $13,000 (£11,000) wang miliknya. Tidak jelas sama ada dia ditangkap.

Dalam satu peristiwa yang sama pada hari Jumaat, seorang lelaki mengugut kakitangan di sebuah bank di Ghaziyeh dengan pistol, yang mungkin merupakan mainan.

Dia diberi $19,000 (£16,500), tetapi menyerahkan dirinya kepada polis ketika orang ramai berkumpul di luar bank untuk menyokongnya.

Ketika jumlah serbuan terhadap bank oleh rakyat Lubnan semakin meningkat pada hari Jumaat, Menteri Dalam Negeri Bassam Mawlawi memanggil mesyuarat tergempar.

Bank akan ditutup selama tiga hari mulai Isnin, kata Persatuan Bank di Lubnan.

Serbuan itu kebanyakannya mendapat sokongan daripada orang ramai, dan telah dilihat sebagai tindakan terdesak oleh orang yang tidak mempunyai rekod jenayah dan cuba mendapatkan wang milik mereka sendiri untuk menyelesaikan bil.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

ID Digital Malaysia Kini Diperkenalkan

Mungkin ada rakyat Malaysia akhir-akhir ini berasa gelisah dengan pelaksanaan Program ID Digital Nasional (IDN) yang bakal bermula pada 2024.Segelintir pengguna media sosial mendidakwa...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 260 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 259. Dapatkan naskah MFM edisi ke 259 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Ringgit dijangka mengukuh pada 2024 – Rafizi

Ringgit dijangka akan mengukuh menjelang 2024 atas beberapa faktor termasuk disiplin fiskal kerajaan dan pertumbuhan ekonomi global yang lebih baik.Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 259 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 259. Dapatkan naskah MFM edisi ke 259 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Broker Justmarkets Refund Deposit Trader

Insiden berlaku pada pagi Isnin, 13 November 2023, di mana seorang trader melaporkan kerugian besar akibat daripada gangguan pada carta Justmarkets. Ketika kejadian, individu...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here