24.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

KENALI TEKNIK PENIPUAN ‘PUMP & DUMP’

Date:

Share:

Teknik penipuan ‘pump and dump’ adalah tindakan haram pelabur atau sekumpulan pelabur mempromosikan saham yang mereka pegang dan jual setelah harga saham naik berikutan kenaikan minat sebagai hasil daripada sokongan tersebut. Melalui artikel ini, kita akan melihat dengan lebih dekat bagaimana skim ‘pump-and-dump’ berfungsi dan bagaimana untuk mengelakkannya.

FAKTA PENTING


Pump-and-dump adalah skim terancang yang cuba menaikkan harga saham melalui cadangan berdasarkan kenyataan yang salah, mengelirukan atau dibesar-besarkan.


Media komunikasi yang digemari untuk peniaga yang terlibat dalam pump-and-dump adalah platform media sosial atau aplikasi pesanan tanpa nama seperti Telegram dan Discord.


Penganjur skim ini kemudian akan mula mengkoordinasikan khabar angin, salah maklumat, atau gembar-gembur untuk meningkatkan minat pelabur terhadap sesuatu saham secara , bagi menaikkan harganya.

Kemudian, apabila harga saham telah meningkat mencapai sasaran yang mereka kehendaki tanpa menimbulkan kecurigaan, pihak penganjur kemudian menjual stok tersebut ketika harga tinggi.

Asas ‘Pump & Dump


Skim ‘pump-and-dump‘ secara tradisional dilakukan melalui cold calling. Tetapi dengan adanya internet, amalan tidak sah ini menjadi semakin berleluasa. Kumpulan penipu ini akan mwmbuat hantaran dalam talian untuk menarik minat pelabur untuk membeli saham dengan cepat, dengan dakwaan bahawa terdapat maklumat dalaman tentang perkembangan yang akan membawa kepada kenaikan harga saham. Sebaik sahaja pembeli masuk, pelaku akan menjual saham mereka, menyebabkan harganya turun secara mendadak. Pelabur baru kemudian akan kehilangan wang mereka.

Skim ini biasanya menyasarkan pelabur saham kecil-kecilan & mikro kerana golongan ini adalah yang paling mudah dimanipulasi. Oleh kerana saham jenis retail ini tidak banyak, pembeli tidak memerlukan banyak saham untuk mendorong stok lebih tinggi.

Saham sasaran ini biasanya akan dipromosikan sebagai “tip panas” atau “perkara besar yang akan berlaku” dengan perincian pengumuman berita yang akan keluar yang akan “menggerakan saham ke bumbung.” Perincian setiap kes penipuan pump & dump adalah berbeza tetapi skim ini selalu menggunapakai prinsip asas: peralihan penawaran dan permintaan. Penipuan pump and dump hanya cenderung berfungsi pada saham kecil dan mikro yang diperdagangkan di kaunter. Syarikat-syarikat ini kebiasannya sangat tidak likuid dan boleh mengalami pergerakan harga yang pantas apabila jumlah dagangan meningkat. Kumpulan di sebalik penipuan ini meningkatkan permintaan dan jumlah dagangan dalam stok dan dengan aliran masuk pelabur baru ini ia membawa kepada kenaikan harga yang mendadak. Setelah kenaikan harga dirumuskan, kumpulan penipu ini akan menjual kedudukan mereka untuk memperoleh keuntungan jangka pendek tetapi dalam jumlah pendek besar.

Contoh penipuan ‘pump & dump’

Sepanjang bulan ketika musim panas saham di bawah, skim ‘pump & dump’ dimulakan dengan menggunakan taktik penipuan “salah nombor”. Satu pesanan akan ditinggalkan pada mesin penjawab telefon mangsa yang akan kononnya membincangkan tip saham panas dan dibina supaya mangsa berfikir bahawa mesej itu adalah untuk orang lain dan telah tersalah beri .

Seperti yang dilihat dalam carta di atas, harganya naik dari sekitar $ 0.30 hingga hampir $ 1.00, kenaikan lebih dari 200% dalam jangka masa satu minggu. Peningkatan drastik ini dilihat bersamaan dengan peningkatan jumlah yang sama besar. Saham tersebut telah menyaksikan jumlah dagangan harian rata-rata sebelum kenaikan harga kurang dari 250,000, tetapi semasa penipuan itu, stok diperdagangkan hingga hampir satu juta saham pada beberapa hari perdagangan. Pelabur yang tidak curiga akan membeli saham tersebut pada harga sekitar $ 1.00. Seperti yang dilihat di atas, ia jatuh ke sekitar $ 0.20, penurunan nilai 80% bagi mereka yang tidak bernasib baik.

Kesimpulan

Sentiasa ingat peringatan pelaburan ini: “Sekiranya ianya terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, betul dah tu.” Sekiranya seseorang yang tidak anda kenali memberi anda tips saham, berhenti sejenak dan fikirkan mengapa pula mereka bersedia untuk berkongsikan maklumat sedemikian dengan anda. Jangan fikir anda boleh membuat pulangan pelaburan yang besar dan cepat kerana ia tidak mungkin berlaku. Anda juga perlu membuat analisa & kajian anda sendiri mengenai pelaburan. Ini akan membantu anda mengelakkan penipuan ‘pump ^ dump’ seperti itu.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia tidak lagi dalam krisis: Gabenor BNM

Ekonomi Malaysia menyerap kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) dengan baik, dan amat jelas negara ini tidak lagi berada dalam krisis, kata Gabenor Bank...

Former Sri Lanka president Gotabaya Rajapaksa turns up in Thailand after Singapore visa expires

The former Sri Lankan president Gotabaya Rajapaksa, who fled overseas to escape protests against his government, arrived in Thailand on Thursday night on a...

Penduduk Malaysia dijangka meningkat 45 Juta pada 2050,beri cabaran dalam isu sekuriti makanan

Penduduk Malaysia diunjurkan meningkat kepada lebih 45 juta menjelang 2050 sekali gus akan meningkatkan permintaan dan penggunaan terhadap makanan dan menimbulkan pelbagai cabaran termasuk...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 192 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 192.Dapatkan naskah MFM edisi ke 192 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Niaga Hadapan Gas Asli: Keuntungan tambahan dalam perancangan

Minat terbuka dalam pasaran niaga hadapan gas asli meningkat sekitar 6.1K kontrak selepas lima penurunan harian berturut-turut pada Khamis, menurut bacaan awal daripada CME...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here