“Trade Forex”, istilah yang popular sering diguna pakai oleh para trader FX di Malaysia, menggambarkan satu tindakan terjun dalam bidang kewangan tukaran matawang asing dan cuba meraih keuntungan daripada pergerakan pasaran.
Akui hakikat, kita semua terjun ke bidang dagangan FX ini adalah salah satu bentuk usaha kita untuk mencari tambahan pendapatan, malah ada yang mengimpikan kebebasan kewangan melalui dagangan FX. Sebelum kita berbicara lebih jauh, cuba tanya diri sendiri, sejauh mana kejayaan yang kita capai selama kita menceburkan diri?.
- Berjaya keuntungan yang konsisten!
- Masih belajar dan mencuba.
- Secara keseluruhan, alami kerugian.
Ada satu cerita seorang trader yang gigih dalam mengejar impiannya. Walau berapa banyak kerugian yang beliau alami sekalipun, beliau tidak berputus asa. Malah terus membuka akaun baru dan membuat deposit tambahan. Lagi dan lagi. Sehingga kehabisan wang. Sehingga terpaksa mengguna pakai wang simpanan. Malah sehingga meminjam wang.
Angan-angan beliau, beliau pasti akan berjaya satu hari nanti. Persoalan, adakah ini dinamakan semangat ingin berjaya, atau ianya adalah satu bentuk ketagihan?.
HENTIKAN!.
Ini adalah kegilaan!. Ianya tidak akan membantu anda. Malah akan merosakkan segalanya. Angan-angan itu mendorong anda membuat keputusan yang tidak realistik. Adakah anda rasa pasaran akan menyebelahi anda dengan mudah?. Adakah anda berdepan dengan pasaran secara profesional atau semberono sahaja?.
Modal bukan masalah terbesar dalam isu ini. Harapan serta sasaran yang anda letak. Adakah ianya sesuatu yang boleh dicapai, atau sebenarnya realistik atau tidak. Jika modal anda kecil sahaja, sasarkan keuntungan yang juga kecil. Jika besar modal anda, sasarkan keuntungan yang bersesuaian.
Kita semua didorong oleh sasaran. Sasaran yang paling realistik ialah, 5% maksimum sahaja setiap bulan. Anda rasa 5% itu terlalu kecil dan tidak mencukupi?. Semoga maju jaya dalam dagangan anda. Semoga anda tidak ketagih mengejar keuntungan yang terlalu besar, sebesar risiko yang anda perlu tanggung!.
SET YOUR PROFESSIONAL TRADING GOAL!.