26.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

KISAH BENAR – BERJAYA JANA PROFIT $26 JUTA DOLLAR, TETAPI AKHIRNYA DIPENJARAKAN

Date:

Share:

28th Dec. –  2 trader saham di Amerika Syarikat, boleh dikatakan genius dan kreatif, berjaya menghasilkan jutaan dollar keuntungan dalam dagangan mereka dalam tempoh 2 tahun. Joseph Taub, berumur 37 tahun berasal dari New Jerseu U.S, dan seorang lagi anak muda bernama Elazar Shmalo berusia 21 tahun juga berasal dari tempat yang sama bekerjasama dalam mencatur strategi dagangan mereka.

Kisah ini berlaku pada tahun 2016. Mereka berdua berjaya menjana keuntungan, jika ditukar kepada duit kita, sekitar RM 104,000,00.00 dalam masa 2 tahun sahaja. Banyaknya duit. Mereka berdua adalah trader yang berpengalaman.

Tetapi, sayangnya jutaan dollar yang mereka jana akhirnya memakan diri. Mereka berdua didakwa oleh pihak Securities and Exchange Commision dan Jabatan Peguam Negara U.S atas tuduhan “memanipulasi pasaran” dan konspirasi untuk “menipu” negara Amerika Syarikat dalam urusan dagangan yang dilakukan selama 2 tahun tersebut.

Joseph Taub, yang mempunyai syarikat brokerage yang berdaftar berpakat dengan Shmalo, seorang penganggur untuk membuat penipuan dalam dagangan mereka.

Apa yang mereka lakukan?.

Modus operandi mereka adalah, dengan mencipta volume transaksi jual beli, sasaran utama adalah saham yang tidak aktif, dengan harapan lebih ramai trader membeli saham tersebut, membina “hype” pasaran akan peluang keuntungan kerana volume transaksi yang semakin meningkat pada ketika harga masih rendah.

Apabila semakin ramai pelabur dan trader melihat potensi saham yang dijadikan sasaran itu, harga semakin meningkat, pada masa tersebut Taub dan Shamlo akan menjual dengan serta merta pegangan mereka dan mengaut keuntungan yang banyak.

Kegiatan mereka ini dikesan, kerana mereka membuka banyak akaun “palsu” dan membuat belian dengan banyak pada saham yang dijadikan sasaran tersebut. Volume transaksi meningkat mendadak, menarik minat pelabur, dan bila harga meningkat tinggi, booommm, kesemua posisi belian yang mereka letak pada awal dagangan dilepaskan secara mengejut.

Perbuatan ini adalah melanggar etika dan salah di sisi undang-undang di bawah Securities and Exchange Commision.

Pada minggu lalu, bertarikh 22 Disember 2020, pihak Department of Justice akhirnya membuat keputusan penghakimana di mana kedua-dua nya dijatuhkan hukuman selama 18 bulan penjara dan diarahkan untuk membayar kembali keuntungan yang dijana sekitar $17 juta dollar kepada perbendaharaan United States dan didenda tambahan sebanyak $394,424 dollar.

BACA KEPUTUSAN DEPARTMENT OF JUSTICE U.S DI BAWAH:

https://www.justice.gov/usao-nj/pr/securities-trader-sentenced-18-months-prison-market-manipulation-scheme-netted-more-17

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 235 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 235.Dapatkan naskah MFM edisi ke 235 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

EUR/USD: Temporary breather before a fall to key supports at 1.0557/1.0501 – Credit Suisse

EUR/USD stays seen on course to test a cluster of key supports at 1.0557/1.0501, in the view of analysts at Credit Suisse.Looking for a fall...

Tiada lagi subsidi ayam, telur selepas 30 Jun – Mat Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun disusuli pengapungan harga bermula...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here